Penyertaan Guru Dalam Membuat Keputusan Pengurusan Sekolah Dan Hubungannya Dengan Komitmen Organisasi Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Kedah

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan hubungannya dengan komitmen organisasi. Kajian ini mengandaikan bahawa faktor kesediaan penyertaan guru dalam teori zon penerimaan iaitu faktor kepakaran dan kepentingan keputusan mempengaru...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Abang Engkeh, Abang Hut
格式: Thesis
语言:English
出版: 2005
主题:
在线阅读:http://eprints.usm.my/56295/1/00001637441%20Abang%20Hut%20Bin%20Abang%20Engkeh.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan hubungannya dengan komitmen organisasi. Kajian ini mengandaikan bahawa faktor kesediaan penyertaan guru dalam teori zon penerimaan iaitu faktor kepakaran dan kepentingan keputusan mempengaruhi kesediaan penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan hubungannya dengan komitmen organisasi. Dengan itu kajian ini digunakan untuk menentukan hubungan antara kedua-dua faktor tersebut dengan tahap penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan kesan moderatornya dalam hubungan antara tahap penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dengan komitmen organisasi. Kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mengumpul data daripada guru-guru sekolah menengah di negeri Kedah Darul Aman. Pengumpulan data kuantitatif dilakukan melalui kaedah soal selidik terhadap 564 orang guru dan diikuti dengan pengumpulan data kualitatif melalui kaedah temu bual berkelompok terhadap 17 orang guru dalam tiga kumpulan yang berasingan. Teknik statistik yang digunakan untuk menganalisis data kuantitatif termasuklah ujian-t, ANOVA, korelasi dan Moderated Multiple Regression (MMR). Aras keyakinan yang digunakan adalah pada aras p < .05. Analisis dan interpretasi data kualitatif kemudiannya digunakan untuk menjelas dan menghuraikan lagi dapatan daripada data soal selidik. Keputusan kajian ini menunjukkan wujudnya perbezaan yang siginifikan antara skor min penyertaan sebenar dengan skor min keinginan penyertaan.