Peranan Pemerintah Dan Golongan Intelektual Dalam Mempertahankan Kedaulatan Johor, 1862-1957

Isu mengenai perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air khususnya dalam konteks Tanah Melayu sering kali menimbulkan polemik. Persoalan mengenai tarikh permulaan serta siapa yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara juga masih dirantai dengan kontroversi. Terdapat sarjana yang me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahman, Muhammad Izuan Abdul
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/56793/1/00001791998%20Muhammad%20Izuan%20Bin%20Abdul%20Rahman.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu mengenai perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air khususnya dalam konteks Tanah Melayu sering kali menimbulkan polemik. Persoalan mengenai tarikh permulaan serta siapa yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara juga masih dirantai dengan kontroversi. Terdapat sarjana yang menghujahkan bahawa perjuangan mempertahankan kedaulatan Johor tidak wujud pada kurun ke-19 sebaliknya hanya muncul pada tahun 1900-an yang dirintis oleh golongan rakyat. Malahan tindakan pemerintah Melayu menurunkan tandatangan Perjanjian Malayan Union pada tahun 1946 telah mengakibatkan penglibatan golongan istana dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air dinafikan bahkan telah dihujani dengan pelbagai stigma negatif. Pemerintah Melayu digambarkan oleh sarjana seperti Mahayudin Haji Yahaya serta nasionalis seperti Jaafar Hussin dan Ibrahim Yaacob sebagai bersifat dayus dengan menghalalkan imperialisme British tanpa sebarang inisiatif untuk menghalang atau meminimumkannya. Walau bagaimanapun. penelitian dari kaca mata tempatan memperlihatkan bahawa pihak istana. dengan bantuan golongan intelektual, merupakan perintis kepada usaha mempertahankan kedaulatan Johor yang sebenamya merupakan hasil kolaborasi daripada segenap lapisan masyarakat. Bahkan perjuangan ini telah lama wujud dalam pelbagai ragam dan bersifat fleksibel serta berubah mengikut arus peredaran masa.