Gerakan Sosial Dalam Komunitionline: Satu Kajian Wacana Gerakan 1,000,000 Facebookers Sokong Chandra Hamzah Dan Bibit Samad Riyanto" Di Indonesia

Kewujudan media sosial pada masa kini telah membawa impak kepada pelbagai aktiviti komunikasi, orang ramai lebih bebas mengungkapkan perasaan, idea ataupun gagasan sesuai dengan keinginan, tujuan, kepercayaan serta ideologi masing-masing. Dengan mengambil sampel kes terhadap kumpulan gerakan sosi...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Budi Sulistyo, Ponco
格式: Thesis
語言:English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/57699/1/00001791958%20Ponco%20Budi%20Sulistyo24.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kewujudan media sosial pada masa kini telah membawa impak kepada pelbagai aktiviti komunikasi, orang ramai lebih bebas mengungkapkan perasaan, idea ataupun gagasan sesuai dengan keinginan, tujuan, kepercayaan serta ideologi masing-masing. Dengan mengambil sampel kes terhadap kumpulan gerakan sosial anti-rasuah di media sosial Facebook yang bemama "Gerakan 1,000,000 Facebookers Sokong Bibit Samad Riyanto dan Chandra Hamzah", kajian ini bertujuan untuk menerangkan pola dan ciri-ciri komunikasi yang berlaku, peranan ideologi sebagai kerangka asas untuk mengatur kognisi sosial yang dikongsi, faktorfaktor yang menjadi latar belakang ahli-ahli kumpulan untuk menyertainya dan menerangkan peranan media sosial dalam mewujudkan gerakan sosial anti-rasuah di dalam komuniti online di Indonesia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dilengkapkan dengan kaedah kuantitatif iaitu analisis wacana ideologi, temu bual mendalam dan analisis kandungan. Bagi melengkapkan data yang berkaitan dengan aspek-aspek kognisi sosial, 15 ahli komuniti dan lima pakar yang berkaitan telah ditemu bual. Kajian mendapati bahawa ideologi memainkan peranan dalam mempengaruhi pola komunikasi dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Pola komunikasi telah berubah secara dinamik mengikut prestasi Komisi Pembanterasan Korupsi/Rasuah (KPK) dalam mengendalikan kes-kes rasuah.