Gaya Pembelajaran Murid Disleksia Di Sekolah-sekolah Terpilih

Kajian ini bertujuan mengenal pasti (i) gaya pembelajaran murid disleksia berdasarkan modaliti visual, auditori, membaca/menulis (read/write) dan kinestetik (YARK), (ii) gaya pembelajaran modaliti YARK yang dominan dalam kalangan murid disleksia dan (iii) mengenal pasti sama ada gaya pembelajaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasyimah Haniza, Noor
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57700/1/00001792213%20Noor%20Hasyimah%20Haniza24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti (i) gaya pembelajaran murid disleksia berdasarkan modaliti visual, auditori, membaca/menulis (read/write) dan kinestetik (YARK), (ii) gaya pembelajaran modaliti YARK yang dominan dalam kalangan murid disleksia dan (iii) mengenal pasti sama ada gaya pembelajaran modaliti YARK yang dominan dalam kalangan murid disleksia ditentukan oleh trait-trait pembawaan ataupun dibentuk melalui pengalaman pendidikan. Reka bentuk kajian ini adalah kombinasi dua jenis pendekatan iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan Soal Selidik YARK - versi golongan muda. Manakala, pengumpulan data kualitatif dilakukan melalui kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Sampel kajian kuantitatif adalah seramai 44 orang murid disleksia manakala sampel atau peserta kajian kualitatif adalah tiga orang murid disleksia yang dipilih daripada sampel kajian kuantitatif. Data kuantitatif dianalisis dan dibentangkan secara statistik deskriptif manakala data kualitatif dianalisis menggunakan Model Interaktif: Komponen Analisis Data. Dapatan kuantitatif menunjukkan bahawa murid disleksia yang dikaji mempunyai (i) gaya pembelajaran modaliti YARK yang pelbagai iaitu seperti gaya pembelajaran visual (V) (6 orang, 13.6%), gaya pembelajaran auditori (A) (I5 orang, 34.1%). gaya pembelajaran membaca/menulis (read/write) (R) (10 orang, 22.7%), gaya pembelajaran kinestetik (K) (3 orang, 6.8%), gaya pembelajaran VA (2 orang, 4.5%), gaya pembelajaran VR (seorang,