Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Prototaip Pengajaran Steam Prasekolah

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul prototaip pengajaran STEAM sebagai panduan kepada guru prasekolah bagi mengatasi masalah ketidakcukupan rujukan berkaitan pedagogi STEAM di kelas prasekolah. Pelaksanaan kajian ini berasaskan pendekatan reka bentuk dan pembangunan oleh Richey dan Klein...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Awang, Zahiroh
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59216/1/ZAHIROH%20BINTI%20AWANG%20-%20TESIS.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul prototaip pengajaran STEAM sebagai panduan kepada guru prasekolah bagi mengatasi masalah ketidakcukupan rujukan berkaitan pedagogi STEAM di kelas prasekolah. Pelaksanaan kajian ini berasaskan pendekatan reka bentuk dan pembangunan oleh Richey dan Klein (2014) yang melibatkan empat fasa kajian. Namun dalam konteks kajian ini, pendekatan DDR ubahsuai oleh Saedah Siraj, Muhammad Ridhuan Tony Lim Abdullah & Rozaini Muhamad Rozkee (2021) telah digunakan yang melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk dan pembangunan dan fasa penilaian kebolehgunaan. Pengumpulan data fasa satu, analisis keperluan dilakukan menerusi temu bual separa struktur bersama-sama empat orang pakar dalam bidang pendidikan STEAM dan pendidikan prasekolah. Data fasa satu yang diperoleh dianalisis secara tematik. Data fasa kedua, reka bentuk dan pembangunan pula dikutip menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan dua puluh tiga orang panel pakar dalam bidang pendidikan STEAM, prasekolah, pembinaan modul prototaip dan kurikulum prasekolah. Analisis dapatan fasa kedua untuk reka bentuk dan pembangunan modul prototaip adalah berdasarkan maklum balas pakar terhadap protokol temu bual Fuzzy Delphi. Konsensus pakar berkaitan semua item yang terkandung dalam protokol temu bual diukur berdasarkan nilai ambangan d yang telah dihitung menggunakan analisis Fuzzy Delphi. Fasa ketiga menggunakan kaedah praeksperimental untuk menilai kebolehgunaan modul prototaip.