Pembinaan Dan Kesan Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur (K²B) Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) Dalam Mengurangkan Kemurungan Remaja

Kajian ini bertujuan membina modul berasaskan Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT) bagi mengurangkan kemurungan remaja. Selain itu, kajian ini menguji kesan modul dalam menentukan kebolehgunaan modul pada remaja murung. Terdapat dua fasa dalam proses pembinaan modul ini iaitu (1) fasa reka ben...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ishak, Nor Asikhin
格式: Thesis
語言:English
出版: 2022
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/59271/1/24%20Pages%20from%20NOR%20ASIKHIN%20BINTI%20ISHAK%20-%20TESIS.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan membina modul berasaskan Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT) bagi mengurangkan kemurungan remaja. Selain itu, kajian ini menguji kesan modul dalam menentukan kebolehgunaan modul pada remaja murung. Terdapat dua fasa dalam proses pembinaan modul ini iaitu (1) fasa reka bentuk dan pembangunan dan (2) fasa perlaksanaan dan penilaian. Fasa reka bentuk dan pembangunan meliputi semakan pakar dan ujian kebolehgunaan modul. Manakala fasa perlaksanaan dan penilaian, menggunakan perisian SPSS 22 bagi mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan serta menguji kesan modul. Bagi pendekatan kuantitatif, reka bentuk kajian kuasi eksperimen tanpa kumpulan kawalan melibatkan pemilihan 40 remaja murung yang dipilih secara rawak berstrata. Manakala, bagi pendekatan kualitatif pemilihan melibatkan 4 kaunselor, 40 remaja murung dan 4 guru kelas yang dipilih secara persampelan bertujuan turut dijalankan. Dapatan daripada semakan pakar menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .93 dan .96.