Pembinaan Dan Kesan Modul Terapi Seni Brief Fokus Penyelesaian Terhadap Penyesuaian Pelajar Di Institut Pendidikan Guru

Kajian ini bertujuan membina dan menguji Modul Terapi Seni Brief Fokus Penyelesaian untuk meningkatkan penyesuaian pelajar tahun pertama di Institut Pendidikan Guru (IPG). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meneroka pengalaman pelajar mengikuti Modul Terapi Seni Brief Fokus Penyelesaian, me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tengku Besar, Tengku Norhani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59329/1/24%20Pages%20from%20TENGKU%20NORHANI%20BINTI%20TENGKU%20BESAR%20-%20TESIS.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina dan menguji Modul Terapi Seni Brief Fokus Penyelesaian untuk meningkatkan penyesuaian pelajar tahun pertama di Institut Pendidikan Guru (IPG). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meneroka pengalaman pelajar mengikuti Modul Terapi Seni Brief Fokus Penyelesaian, mengenal pasti tema dan imej pengalaman penyesuaian, dan mengenal pasti pola peningkatan penyesuaian pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan kajian kuantitatif dan kualitatif. Secara spesifiknya, kajian ini menggunakan kaedah eksperimental campuran (experimental mixed method) yang melibatkan data kuantitatif dan kualitatif dikumpul secara berfasa dengan menggunakan Soal Selidik Adaptasi Pelajar (Baker & Siryk, 1999) (SACQ), transkrip perkongsian kelompok, gambar digital visual hasil seni dan perkongsian video kreatif.