Nilai Estetika Tembikar Tradisional Terenang Di Pahang

Penciptaan produk kraf kesenian Melayu yang dihasilkan daripada tanah liat mempunyai keindahan yang mendalam dari segi reka bentuk dan ragam hias. Kefahaman tentang makna yang tersirat semakin menghilang akibat daripada faktor-faktor keterbatasan pengetahuan tentang estetika Terenang. Kajian Terenan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Hasnah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59360/1/HASNAH%20BINTI%20HASSAN%20-%20TESIS24.pdf
Tags: Add Tag
- 1
pahang 1
usm 1
Description
Summary:Penciptaan produk kraf kesenian Melayu yang dihasilkan daripada tanah liat mempunyai keindahan yang mendalam dari segi reka bentuk dan ragam hias. Kefahaman tentang makna yang tersirat semakin menghilang akibat daripada faktor-faktor keterbatasan pengetahuan tentang estetika Terenang. Kajian Terenang ini perlu bagi mendokumentasikan motif-motif dan reka bentuk yang terdapat pada Terenang. Tembikar Terenang yang berasal daripada Kampung Pasir Durian, Kuala Tembeling, Jerantut Pahang ini merupakan tembikar warisan yang mempunyai bentuk dan motif yang telah mempamerkan serta memperjelaskan tentang kemahiran dan kebijaksanaan pemikiran masyarakat di Kampung tersebut mencipta barangan dari tanah liat sebagai alat keperluan untuk tujuan fungsional, berteknologi sederhana dan praktikal serta memperlihatkan luahan ekspresi estetika. Kaedah kajian kualitatif ini berdasarkan kepada pendokumentasian dan kajian mendalam terhadap estetika tembikar tradisional Terenang. Kaedah kajian kes digunakan bagi mencapai objektif iaitu sumber pertama ialah dari data primer dimana data yang dikumpulkan melalui temubual atau wawancara terhadap responden. Manakala data yang kedua pula menggunakan kaedah permerhatian terhadap dokumen seperti jurnal-jurnal berwasit, audio visual, nota lapangan, gambar-gambar dan akhbar disebut sebagai data sekunder.