Penggunaan Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Ppm) Secara Dalam Talian Di Pulau Pinang

Perbandaran seiring dengan kemajuan teknologi membawa kepada perubahan gaya hidup penduduk. Kesan langsung daripada proses perbandaran adalah kesesakan lalu lintas, ruangan tempat letak kenderaan terhad, jadual kerja yang padat dan kebergantungan penduduk terhadap ICT. Selain itu, kemajuan ICT telah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Said, Jannatul ‘Agilah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59700/1/24%20Pages%20from%20JANNATUL%20%27AGILAH%20BINTI%20SAID%20-%20TESIS.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbandaran seiring dengan kemajuan teknologi membawa kepada perubahan gaya hidup penduduk. Kesan langsung daripada proses perbandaran adalah kesesakan lalu lintas, ruangan tempat letak kenderaan terhad, jadual kerja yang padat dan kebergantungan penduduk terhadap ICT. Selain itu, kemajuan ICT telah mempengaruhi industri makanan dan minuman melakukan anjakan baru dengan penciptaan aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan (PPM). PPM bukan lagi aplikasi baru di Malaysia, namun kajian berkaitan PPM belum luas diterokai terutamanya dalam bidang geografi. Kajian dijalankan berpandukan tiga objektif utama iaitu mengenalpasti faktor sosio-ekonomi dalam mempengaruhi penggunaan PPM terhadap penduduk di Pulau Pinang, melihat rangkaian pergerakan agen PPM dan mengkaji keberkesanan penggunaan PPM kepada pengguna, agen PPM dan restoran. Kaedah kuantitatif melibatkan pengedaran borang soal selidik menerusi talian menggunakan media sosial. Seramai 110 penduduk Pulau Pinang yang pernah menggunakan PPM dipilih sebagai responden. Manakala, kaedah kualitatif melalui catatan diari perjalanan agen PPM dan temubual tidak langsung dilaksanakan bagi memperolehi dan menyokong data utama kajian. Seramai 15 orang agen PPM yang terdiri daripada agen FoodPanda, Grab Food dan DeliverEat dipilih sebagai responden