Perwatakan Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam Berdasarkan Tamthiliyyat Al-Qur’an : Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy

Kajian ini meneroka salah satu gaya bahasa al-Qur’an iaitu tamthiliyyat (perumpamaan) yang mengajak manusia untuk berfikir dan membentuk perwatakan yang ideal. Persoalannya, apakah ayat-ayat tamthiliyyat yang berkaitan dengan perwatakan pelaku pembangunan? Apakah golongan-golongan yang disebutkan da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahaya, Nurul Farhana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59740/1/Pages%20from%20NURUL%20FARHANA%20BINTI%20YAHAYA%20-%20TESIS.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneroka salah satu gaya bahasa al-Qur’an iaitu tamthiliyyat (perumpamaan) yang mengajak manusia untuk berfikir dan membentuk perwatakan yang ideal. Persoalannya, apakah ayat-ayat tamthiliyyat yang berkaitan dengan perwatakan pelaku pembangunan? Apakah golongan-golongan yang disebutkan dalam tamthiliyyat al-Qur’an? Bagaimanakah perwatakan dari tamthiliyyat mampu membentuk perwatakan ideal pelaku PBI? Berdasarkan persoalan ini, maka kajian ini cuba mengkaji perwatakan pelaku PBI yang ideal daripada al-Qur’an. Ia dilakukan secara tafsir al-mawdu‘iy bagi mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat yang mempunyai tamthiliyyat tentang perwatakan pelaku pembangunan dalam al-Qur’an. Kedua, menganalisis perwatakan pelaku PBI berdasarkan ayat-ayat tamthiliyyat yang dikenal pasti itu. Ketiga, merumuskan perwatakan ideal pelaku PBI berdasarkan ayat-ayat tamthiliyyat al-Qur’an. Bagi mencapai kesemua objektif tersebut, kajian kualitatif asas (basic qualitative) ini mengguna pakai kaedah analisis mawdu‘iy (tema atau tajuk).