Pembangunan Dan Keberkesanan Modul B-geo Untuk Topik Pembezaan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Kedah
Kajian ini ialah kajian pembangunan dan keberkesanan Modul B-Geo bagi meningkatkan kefahaman konseptual, kebolehan penyelesaian masalah, efikasi kendiri dan mengurangkan kebimbangan belajar Matematik Tambahan dalam Topik Pembezaan dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar. Kajian ini mengg...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
اللغة: | English |
منشور في: |
2022
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://eprints.usm.my/59972/1/SITI%20SERI%20KARTINI%20BINTI%20MOHD%20YATIM%20-%20TESIS24.pdf |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Kajian ini ialah kajian pembangunan dan keberkesanan Modul B-Geo bagi meningkatkan kefahaman konseptual, kebolehan penyelesaian masalah, efikasi kendiri dan mengurangkan kebimbangan belajar Matematik Tambahan dalam Topik Pembezaan dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar. Kajian ini menggunakan reka bentuk Expert Judgement Approach bagi pembangunan Modul B-Geo dan reka bentuk Kuasi Eksperimental bagi melihat keberkesanan Modul B-Geo. Seramai 118 orang pelajar dan enam orang guru Matematik Tambahan dari sekolah menengah luar bandar yang terlibat dalam sampel kajian ini. Kumpulan eksperimen (n=60) adalah kumpulan yang menerima rawatan menggunakan Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak dengan Integrasi Perisian GeoGebra, manakala kumpulan kawalan (n=58) adalah kumpulan yang menerima rawatan menggunakan Pendekatan Pengajaran Konvensional (P ICT). Kajian keberkesanan dimulakan dengan ujian pra dan soal selidik pra. Setelah PdP dilaksanakan terhadap kedua-dua kumpulan selama 10 minggu, ujian pasca dan soal selidik pasca diberikan kepada pelajar. Tiga jenis instrumen kajian digunakan bagi mendapatkan data kuantitatif: Ujian Kefahaman Konseptual Topik Pembezaan (UKKTP), Ujian Penyelesaian Masalah Topik Pembezaan (UPMTP) dan Soal Selidik Efikasi Kendiri dan Kebimbangan Belajar Topik Pembezaan (SSEKK). |
---|