Pengaruh Kecerdasan Emosi Sebagai Mediator Terhadap Hubungan Antara Kepimpinan Servant Guru Pembimbing Dengan Stres Guru Pelatih

Gandingan Kecerdasan Emosi guru pelatih dengan Kepimpinan Servant guru pembimbing merupakan antara elemen yang utama dalam inisiatif menangani stres guru pelatih semester tujuh yang sedang berpraktikum. Dalam senario era sejagat yang berhadapan dengan isu kesihatan mental yang agak kritikal, kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salleh, Kamariah Md
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60142/1/KAMARIAH%20BINTI%20MD%20SALLEH%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gandingan Kecerdasan Emosi guru pelatih dengan Kepimpinan Servant guru pembimbing merupakan antara elemen yang utama dalam inisiatif menangani stres guru pelatih semester tujuh yang sedang berpraktikum. Dalam senario era sejagat yang berhadapan dengan isu kesihatan mental yang agak kritikal, kajian ini telah mengupas isu stres guru pelatih dan seterusnya mencadangkan satu Model Persamaan Struktural PLS untuk mengatasi stres yang dihadapi oleh guru pelatih amnya dan guru pelatih IPGM secara khusus. Kerangka konsep kajian telah dibentuk berasaskan beberapa teori dan model untuk mengkaji hubungan antara Kepimpinan Servant guru pembimbing, Kecerdasan Emosi guru pelatih semester tujuh dan stres guru pelatih semester tujuh yang sedang menjalani praktikum Fasa Dua. Kecerdasan Emosi telah dicadangkan sebagai mediator dalam model HCM PLS-SEM ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk tinjauan keratan rentas yang melibatkan empat instrumen iaitu soal selidik Kepimpinan Servant, Kecerdasan Emosi, ekstrakurikulum dan stres. Kajian deskriptif ini telah dijalankan di enam IPGM Kampus Utara dan Tengah yang melibatkan 373 guru pelatih yang dipilih menerusi teknik persampelan rawak berstrata. Data telah dianalisis menggunakan teknik PLS-SEM.