Kesan Modul Psycho-B’great Terhadap Pencapaian Dan Sikap Bagi Tema Asas Biologi Dan Orientasi Pelbagai Kecerdasan Murid Tingkatan Empat

Perkembangan pendidikan STEM Biologi memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik dan pengembangan pelbagai kemahiran dalam kalangan murid. Namun begitu, murid merasakan sukar untuk belajar Biologi kerana wujud persepsi negatif serta kurang kesediaan mental dan keyakinan diri. Maka, kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shaharim, Saidatul Ainoor
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60330/1/SAIDATUL%20AINOOR%20BINTI%20SHAHARIM%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan pendidikan STEM Biologi memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik dan pengembangan pelbagai kemahiran dalam kalangan murid. Namun begitu, murid merasakan sukar untuk belajar Biologi kerana wujud persepsi negatif serta kurang kesediaan mental dan keyakinan diri. Maka, kajian ini bertujuan membangun dan menilai keberkesanan Modul Psycho-B`GREAT terhadap pencapaian bagi tema Asas Biologi, orientasi pelbagai kecerdasan dan sikap murid tingkatan empat. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk instruksi Model ASSURE sebagai model pembangunan modul. Reka bentuk eksperimen kuasi dua kumpulan berbentuk praujian, pascaujian dan pascaujian lanjutan digunakan melibatkan 92 sampel murid tingkatan empat (46 orang murid kumpulan rawatan dan 46 orang murid kumpulan kawalan). Data-data kuantitatif dikumpulkan melalui instrumen ujian bertulis iaitu Ujian Pencapaian bagi tema Asas Biologi, Soal Selidik Orientasi Pelbagai Kecerdasan dan Soal Selidik Sikap Murid. Hipotesis-hipotesis kajian diuji secara statistik deskriptif dan statistik inferensi ujian-t sampel bebas, ujian ANOVA dengan pengukuran berulang, ujian MANOVA satu hala, ujian MANOVA dengan pengukuran berulang, ujian ANCOVA dan ujian ANCOVA dengan pengukuran berulang dengan menggunakan IBM SPSS Versi 25. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Modul Psycho-B`GREAT memberi kesan yang signifikan (p < .05) bagi meningkatkan pencapaian bagi tema Asas Biologi, meningkatkan dan mengekalkan sikap murid antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.