Pembangunan Modul Aktiviti Air Untuk Guru Pendidikan Khas Di Pulau Pinang

Aktiviti akuatik seperti berenang dan hidroterapi adalah aktiviti yang kerap dijalankan dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Pulau Pinang, namun kurang modul spesifik diterbitkan untuk guru menyebabkan pengendalian aktiviti ini tidak sistematik. Terdapat dua hipotesis nol dan lima objek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samsudin, Nur Amalina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60343/1/NUR%20AMALINA%20BINTI%20SAMSUDIN%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aktiviti akuatik seperti berenang dan hidroterapi adalah aktiviti yang kerap dijalankan dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Pulau Pinang, namun kurang modul spesifik diterbitkan untuk guru menyebabkan pengendalian aktiviti ini tidak sistematik. Terdapat dua hipotesis nol dan lima objektif kajian iaitu mengenal pasti keperluan pembangunan modul untuk aktiviti air di PPKI, mengenalpasti tahap pengetahuan dan keyakinan diri Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPK) sebelum implementasi modul, mengenal pasti dan merangka isi kandungan yang sesuai, mengenal pasti kebolehgunaannya dan mengenal pasti kesan pelaksanaan Modul AquaExplorers ke atas pengetahuan dan keyakinan diri GPK di Pulau Pinang. Penyelidikan kaedah campuran ini menggunakan teknik persampelan bertujuan dan mengumpul data kuantitatif melalui soal selidik untuk menjawab kesemua persoalan kajian, dan data kualitatif melalui temu bual untuk memperkukuh analisis data dalam objektif kelima. Data kuantitatif dianalisis menggunakan teknik frekuensi, ujian korelasi Cohen Kappa dan ujian t berpasangan dari SPSS dan data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tematik di NVivo. Kajian ini menolak kedua -dua hipotesis nol dan menunjukkan kesan positif dalam semua objektif kajian yang lain. Pelaksanaan modul AquaExplorer dengan arahan, objektif, dan aktiviti yang sesuai dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan GPK dalam mengendalikan aktiviti air. Implikasi kajian boleh dijadikan tumpuan kepada kesan implementasi modul ini terhadap kemahiran sosial, emosi, motor dan komunikasi MBPK (Pembelajaran).