Tarian Pinakang Etnik Kimaragang Di Sabah: Analisis Makna Dan Falsafah

Tarian Pinakang merupakan salah satu daripada tarian tradisional etnik Kimaragang yang banyak dipersembahkan di kawasan Daerah Kota Marudu, dan beberapa kawasan di Daerah Pitas, Sabah. Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti dan memahami fungsi tarian ini, serta mendalami makna dan falsafah yang te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: B Pangayan, Victor
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60356/1/VICTOR%20B%20PANGAYAN%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tarian Pinakang merupakan salah satu daripada tarian tradisional etnik Kimaragang yang banyak dipersembahkan di kawasan Daerah Kota Marudu, dan beberapa kawasan di Daerah Pitas, Sabah. Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti dan memahami fungsi tarian ini, serta mendalami makna dan falsafah yang terkandung di dalam persembahan tarian Pinakang. Walaupun tarian Pinakang masih popular dalam kalangan etnik Kimaragang sehingga kini, namun dari segi fungsi, makna dan falsafah hidup etnik Kimaragang yang terdapat didalam koreografi persembahan tarian Pinakang kurang dihayati generasi muda etnik Kimaragang pada masa kini. Perkara seumpama ini akan mengekang dan membantut perkembangan adat, budaya dan warisan tradisional etnik Kimaragang itu sendiri dan akan hanyut dibawa arus pemodenan dan anjakan paradigma yang semakin rakus. Merujuk kepada sorotan kajian kepustakaan yang telah dijalankan, kajian ilmiah dan penulisan akademik ke atas tarian Pinakang masih begitu kurang dan terhad. Kajian ini memberi tumpuan sepenuhnya keatas fungsi, makna dan falsafah hidup etnik Kimaragang yang tersulam indah di dalam ragam gerak, koreografi, kostum serta muzik tarian Pinakang itu sendiri. Hasil kajian seumpama ini boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji akan datang, pengiat seni tari, jurulatih tarian tradisional serta generasi muda etnik Kimaragang di masa hadapan.