Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar Terhadap Kualiti Kehidupan Kerja Dan Sikap Optimistik Akademik Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Pemimpin instruksional sering dikaitkan dengan keberkesanan sekolah. Hal ini kerana, tingkah laku pemimpin instruksional mampu mempengaruhi persekitaran dan sikap kerja guru sesebuah sekolah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan instruksional guru besar terhadap kualit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Vadiappan, Anpalakan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60428/1/ANPALAKAN%20AL%20VADIAPPAN%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemimpin instruksional sering dikaitkan dengan keberkesanan sekolah. Hal ini kerana, tingkah laku pemimpin instruksional mampu mempengaruhi persekitaran dan sikap kerja guru sesebuah sekolah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan instruksional guru besar terhadap kualiti kehidupan kerja guru dan sikap optimistik akademik guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Tanggapan sokongan organisasi turut diuji sebagai pengantara antara kepimpinan instruksional guru besar dengan kualiti kehidupan kerja guru dan sikap optimistik akademik guru. Kajian ini mengoptimumkan rekabentuk bercampur jenis penerangan berurutan. Data kajian dikumpul secara kaedah tinjauan dan temu bual separuh berstruktur. Seramai 440 orang guru telah dipilih secara rawak berstrata daripada 88 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang guru berpengalaman melebihi setahun. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 27 dan SmartPLS versi 3.9. Manakala, data kualitatif, dianalisis menggunakan analisis tematik secara manual. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan kepimpinan instruksional guru besar, kualiti kehidupan kerja guru, sikap optimistik akademik guru dan tanggapan sokongan organisasi adalah pada tahap yang tinggi. Kepimpinan instruksional guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kualiti kehidupan kerja guru, sikap optimistik akademik guru dan tanggapan sokongan organisasi.