Hubungan Antara Inovasi Peribadi, Sokongan Penyelia, Sokongan Rakan Sekerja, Komitmen Terhadap Organisasi Dan Prestasi Kerja

Pekerja yang berprestasi tinggi antara penentu dan penting didalam menjadi peneraju kecemerlangan negara. Ini adalah kerana kemajuan dan pembangunan negara terletak pada produktiviti dan kemahiran setiap individu yang bergelar pekerja. Peningkatan dan pengukuhan produktiviti pekerja antara pendekata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaafar, Norsabrina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60508/1/NORSABRINA%20BINTI%20JAAFAR%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pekerja yang berprestasi tinggi antara penentu dan penting didalam menjadi peneraju kecemerlangan negara. Ini adalah kerana kemajuan dan pembangunan negara terletak pada produktiviti dan kemahiran setiap individu yang bergelar pekerja. Peningkatan dan pengukuhan produktiviti pekerja antara pendekatan yang boleh diambil bagi memesatkan pertumbuhan negara dalam pelbagai sektor. Bagi memastikan produktiviti tersebut prestasi pekerja harus dikaji dari masa kesemasa. Ini kerana terdapat pelbagai masalah yang menjadi punca kemerosotan prestasi kerja antaranya seperti kurangnya sifat inovasi peribadi, tiada sokongan penyelia dan rakan sekerja serta tiada komitmen terhadap organisasi. Usaha inovatif juga diperlukan untuk menaikkan prestasi pekerja bagi meraih manfaat dan potensi sepenuhnya. Berdasarkan permasalahan yang telah dinyatakan, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara tiga pemboleh ubah inovatif dan prestasi kalangan pekerja di University College of Yayasan Pahang (UCYP). Sebanyak 300 borang kajiselidik diedarkan kepada pekerja pelbagai peringkat dan sebanyak 158 borang yang telah dikembalikan namun hanya 126 sahaja data lengkap yang boleh direkodkan. Selain menyediakan beberapa bukti penting baru berkaitan hubungan antara inovasi peribadi, sokongan penyelia, sokongan rakan sekerja, komitmen terhadap organisasi dan prestasi di kalangan pekerja, kajian ini juga memberi implikasi penting kepada para pengurus dan pembuat dasar disamping mendedahkan skop yang sebagai cadangan untuk penyelidikan masa depan.