Hubungan Kecerdasan Emosi, Sosial, Dan Spiritual Dengan Kepuasan Kerja Serta Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Guru Di Pahang

Kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019 melaporkan majoriti guru di Malaysia (69%) mempunyai tahap kesejahteraan antara rendah ke sederhana. Tahap kesejahteraan guru yang rendah boleh mempengaruhi kualiti pendidikan secara keseluruhan. Pendekatan pendidikan positif yang memfokusk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkifli, Zaine
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60598/1/ZAINE%20BIN%20ZULKIFLI%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019 melaporkan majoriti guru di Malaysia (69%) mempunyai tahap kesejahteraan antara rendah ke sederhana. Tahap kesejahteraan guru yang rendah boleh mempengaruhi kualiti pendidikan secara keseluruhan. Pendekatan pendidikan positif yang memfokuskan kepada elemen positif dan kesejahteraan berpotensi dalam memberi kefahaman tentang apakah aspek yang boleh meningkatkan tahap kesejahteraan guru di Malaysia. Namun begitu, kajian lepas yang menggunakan pendekatan ini masih terhad. Antara mekanisma dalam pendidikan positif yang mungkin boleh meningkatkan kepuasan kerja dan kesejahteraan adalah kekuatan diri seperti kecerdasan emosi, kecerdasan sosial, dan kecerdasan spiritual. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi, kecerdasan sosial, dan kecerdasan spiritual dengan kepuasan kerja. Selain itu, kajian ini juga menguji hubungan antara kepuasan kerja dengan kesejahteraan guru. Peranan kepuasan kerja sebagai mediator dalam kajian ini juga diuji antara variabel kecerdasan emosi, kecerdasan sosial, dan kecerdasan spiritual dengan variabel kesejahteraan. Responden kajian terdiri daripada 357 orang guru sekolah menengah di negeri Pahang. Pemilihan sekolah dan guru dibuat secara rawak mudah dengan penjanaan nombor secara rawak dalam aplikasi.