Pengetahuan Fenomena Falak Nelayan Pesisiran Pantai Utara Kuching, Sarawak: Kajian Berdasarkan Perkaedahan Etno-falak

Fenomena falak terhasil daripada pergerakan objek seperti bulan, matahari, bintang dan planet bukan hanya digunakan sebagai penentu waktu ibadah, tetapi dimanfaatkan oleh masyarakat nelayan dalam menjalankan aktiviti perikanan. Pengetahuan fenomena falak nelayan memberi panduan dalam menghasilkan ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sulaiman, Nur Aida Athirah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60676/1/NUR%20AIDA%20ATHIRAH%20BINTI%20SULAIMAN%20-%20TESIS24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena falak terhasil daripada pergerakan objek seperti bulan, matahari, bintang dan planet bukan hanya digunakan sebagai penentu waktu ibadah, tetapi dimanfaatkan oleh masyarakat nelayan dalam menjalankan aktiviti perikanan. Pengetahuan fenomena falak nelayan memberi panduan dalam menghasilkan tangkapan yang optimum dan menjamin keselamatan nelayan di laut. Lazimnya, pengetahuan tersebut diketahui dan diamalkan oleh generasi nelayan lama dan berusia. Kesan penglibatan nelayan yang semakin berkurang memberi kesan kepada jumlah pendaratan ikan di laut dan secara langsung memberi impak kepada sumber ekonomi negara. Tambahan pula, pengetahuan fenomena falak nelayan semakin pupus dan sekiranya ia tidak dikaji, pengetahuan tersebut akan terus pupus rentetan daripada trend penglibatan nelayan yang semakin berkurang dan tiada pendokumentasian yang dilakukan. Oleh itu, timbul persoalan adakah perkaedahan etnoastronomi sesuai digunakan bagi mengkaji berkenaan nelayan Islam? Adakah terdapat perkaedahan berteraskan Islam seperti perkaedahan etno-falak? Bagaimanakah perkaedahan etno-falak boleh mengkaji pengetahuan fenomena falak dalam kalangan nelayan Muslim? Seterusnya, kelompok nelayan manakah yang sesuai dikaji? Justeru, bagi menjawab persoalan tersebut, empat objektif kajian dikemukakan. Pertama, mengenal pasti fenomena falak berdasarkan al-Qur’an. Kedua, mengenal pasti fenomena falak di pesisiran pantai Utara Kuching, Sarawak.