Pendekatan Baharu Penapis Median Pensuisan Untuk Pengurangan Hingar Impuls Tahap Rendah Pada Imej Digital

Penggunaan informasi visual berasaskan imej digital telah mendapat perhatian yang begitu meluas kerana ciri-cirinya yang fleksibel dan mudah untuk dimanipulasi. Namun, imej digital yang menjadi input asas kepada sesuatu sistem aplikasi sering dicemari oleh hingar. Antara jenis hingar yang lazimny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suid, Mohd Helmi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60806/1/24%20Pages%20from%2000001779852.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan informasi visual berasaskan imej digital telah mendapat perhatian yang begitu meluas kerana ciri-cirinya yang fleksibel dan mudah untuk dimanipulasi. Namun, imej digital yang menjadi input asas kepada sesuatu sistem aplikasi sering dicemari oleh hingar. Antara jenis hingar yang lazimnya terdapat pada imej digital ialah hingar impuls. Oleh itu, dua jenis penapis baharu berasaskan skim pensuisan untuk penyingkiran hingar impuls pada imej digital telah diperkenalkan. Kedua-dua penapis ini yang dinamakan sebagai penapis Median Pensuisan Statistik Dwigelongsor (Dual Sliding Statistics Swi/ching Median filter (MPSDG)) dan penapis Median Pensuisan Hibrid Mahir (Adroit Hybrid Swi/ching Median filter (MPHM) adalah penapis dua-peringkat yang terbahagi kepada peringkat pengesanan hingar serta penapisan hingar. Dalam kaedah MPSDG, pengesanan hingar dilaksanakan terlebih dahulu dengan memproses statistik tetingkap pengesan setempat dalam susunan teratur dan tidak teratur secara serentak. Kemudian, median perbezaan mutlak yang diperolehi daripada statistik kedua-dua tetingkap akan digunakan bagi mengklasifikasikan piksel hingar yang wujud.