Aplikasi Prinsip Penyesuaigunaan Terhadap Elemen Seni Bina Hotel Warisan Di Tapak Warisan Dunia Melaka Dan George Town

Penyelidikan ini telah dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar aplikasi prinsip penyesuaigunaan yang telah dijalankan ke atas bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town. Penyelidikan ini telah dijalankan secara berperingkat bermula dengan kajian awalan, yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Wahab, Lilawati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60880/1/Pages%20from%20Lilawati.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini telah dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar aplikasi prinsip penyesuaigunaan yang telah dijalankan ke atas bangunan bersejarah sebagai hotel di Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town. Penyelidikan ini telah dijalankan secara berperingkat bermula dengan kajian awalan, yang mana pada peringkat ini penyelidik telah melakukan soal selidik bagi mendapatkan hala tuju penyelidikan yang lebih tepat. Kajian diteruskan dengan kajian rintis, yang mana telah membawa kepada penemuan 35 buah hotel hasil aplikasi prinsip penyesuaigunaan bangunan bersejarah. Empat buah hotel warisan hasil aplikasi prinsip penyesuaigunaan bangunan bersejarah telah dipilih sebagai kajian kes. Hasil daripada kajian kes yang dijalankan mendapati bahawa tahap aplikasi prinsip penyesuaigunaan yang dilakukan di kedua Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town adalah amat sederhana dan usaha perlu diambil bagi memastikan hotel warisan tidak hilang keistimewaannya.