Pembangunan Ekonomi Daerah : Pelaksanaan Undang Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nombor 29 Tahun 2004) Dalam Meningkatkan Prestasi Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Di Kota Pekanbaru Riau Indonesia
Kajian ini bertujuan untuk memahami Pembangunan Ekonomi Daerah melalui pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) dalam meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia. Seterusnya, objektif kajian ini untuk mengena...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/23087/1/Pembangunan%20Ekonomi%20Daerah%20Pelaksanaan%20Undang%20Undang%20Hak%20Cipta%20Cakera%20Optik%20%28Undang-Undang%20Nombor%2029%20Tahun%202004%29%20Dalam%20Meningkatkan%20Prestasi%20Dalam%20Industri%20Kecil%20Dan%20Sederhana%20%28IKS%29%20%20-%2024%20Pages.pdf http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/23087/2/Pembangunan%20Ekonomi%20Daerah%20Pelaksanaan%20Undang%20Undang%20Hak%20Cipta%20Cakera%20Optik%20%28Undang-Undang%20Nombor%2029%20Tahun%202004%29%20Dalam%20Meningkatkan%20Prestasi%20Dalam%20Industri%20Kecil....pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk memahami Pembangunan Ekonomi Daerah melalui pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) dalam meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia. Seterusnya, objektif kajian ini untuk mengenal pasti peranan pihak penguat kuasa, pencipta, pengeluar/pengilang, pemborong/penjual yang berlesen atau tidak berlesen, serta pengguna/pembeli cakera optik di Kota Pekanbaru, dan mengenal pasti bantuan kerajaan serta kesan pemberian lesen/permit, bantuan pembiayaan, bantuan pemasaran, bantuan modal insani, bantuan teknologi, pendidikan, dan pengalaman ke atas prestasi IKS cakera optik di Kota Pekanbaru. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pertumbuhan IKS cakera optik menimbulkan pelanggaran Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) yang dijual kepada pengguna dan mencadangkan langkah-langkah penguatkuasaan IKS cakera optik dalam membantu peningkatan pembangunan ekonomi di Pekanubaru. Pemilihan lokasi kajian ini dijalankan di beberapa organisasi termasuk agensi kerajaan Kota Pekanbaru dan agensi IKS swasta yang melibatkan 15 orang informan yang terdiri dari agensi kerajaan (3)dan agensi IKS swasta yang terdiri daripada pencipta/pengubah(2), pengeluar/pengilang(2), pemborong/penjual yang berlesen(2) dan pemborong/penjual tidak berlesen(2), serta pengguna atau pembeli (4) cakera optik di Kota Pekanbaru. Hasil dari proses analisis data
temu bual kajian kes bersilang (Cross Case Study) Antara Agensi Kerajaan Kota Pekanbaru dan Agensi Pihak IKS swasta (Pencipta/Pengubah, Pengeluar/Pengilang, Pemborong/Penjual Berlesen dan Penjual Tidak Berlesen) serta Pengguna atau Pembeli yang terlibat dalam cakera optik di Kota Pekanbaru, mendapati terdapat empat kategori dan dua belas sub kategori telah digabungkan. Kesimpulannya, peranan agensi kerajaan dan agensi IKS swasta yang terdiri daripada pencipta/ pengubah, pengeluar/pengilang, pemborong/penjual yang berlesen dan pemborong/ penjual tidak berlesen, serta pengguna atau pembeli efektif dalam membantu Pembangunan Ekonomi Daerah melalui pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) dalam meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia. Penemuan-penemuan dari penyelidikan ini diharapkan dapat digunakan untuk meningkatkan Pembangunan Ekonomi Daerah dan Prestasi IKS Cakera optik di Pekanbaru. |
---|