Amalan kreativiti pengajaran guru pendidikan islam di sekolah-sekolah negeri Johor

Kajian dijalankan berkaitan amalan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah­sekolah menengah Negeri Johor. Ianya bertujuan mengetahui sejauh mana tahap kefahaman kreativiti, tahap kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam dan pengajaran dominan guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dagang, Mohd Yusoff
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/10034/2/24p%20MOHD%20YUSOFF%20DAGANG.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10034/1/MOHD%20YUSOFF%20DAGANG%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10034/3/MOHD%20YUSOFF%20DAGANG%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian dijalankan berkaitan amalan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah­sekolah menengah Negeri Johor. Ianya bertujuan mengetahui sejauh mana tahap kefahaman kreativiti, tahap kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam dan pengajaran dominan guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Kaedah kajian secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dengan dua bentuk kaedah. Pertama, soal selidik ditadbir oleh responden dan kedua tinjauan pengajaran guru menggunakan instrumen soal selidik yang berjustifikasi jawapan terhadap 31 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di Tingkatan Dua sebanyak tiga kali seorang. Pembinaan instrumen dan kajian rintis telah mendapat pengesahan pakar untuk kesahan dan kebolehpercayaan item. Data diperolehi serta dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 20.0. Hasil kajian mendapati guru Pendidikan Islam mempunyai tahap kefahaman kreativiti dan tahap kreativiti pengajaran yang sederhana baik. dari segi praktikal dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian ini menghasilkan satu model kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia