Kesan manual pengintegrasian strategi pembelajaran dan kemahiran berfikir aras tinggi terhadap penjanaan idea dalam kalangan pelajar teknikal

Gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) memainkan peranan penting dalam pendidikan tinggi. Kedua-dua elemen ini melambangkan perbezaan kecenderungan dan kekuatan individu yang juga berfungsi sebagai rangsangan bagi pembangunan kaedah baharu dalam pembelajaran. Tujuan kajian ini a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yee, Mei Heong
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/10428/1/24p%20YEE%20MEI%20HEONG.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10428/2/YEE%20MEI%20HEONG%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10428/3/YEE%20MEI%20HEONG%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) memainkan peranan penting dalam pendidikan tinggi. Kedua-dua elemen ini melambangkan perbezaan kecenderungan dan kekuatan individu yang juga berfungsi sebagai rangsangan bagi pembangunan kaedah baharu dalam pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pengintegrasian gaya pembelajaran dan KBAT bagi penjanaan idea dalam kalangan pelajar teknikal. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan modifikasi reka bentuk Kuasi Eksperimental yang terdiri daripada tiga kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan yang melibatkan 163 orang pelajar. Inventori Gaya Pembelajaran Kolb digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar. Rubrik penilaian tugasan kerja kursus dimodifikasikan untuk menilai aras pencapaian tugasan kerja kursus pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis Gaya pembelajaran yang paling dominan bagi pelajar teknikal adalah Doer dan diikuti dengan Feeler, Thinker dan Watcher. Pola kecenderungan jenis gaya pembelajaran berdasarkan jantina, pencapaian akademik dan status sosial ekonomi adalah sama. Selain itu, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah tugasan kerja kursus pos individu antara kumpulan rawatan 1 (KR1), kumpulan rawatan 2 (KR2), kumpulan rawatan 3 (KR3) dan kumpulan kawalan (KK) secara keseluruhan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah antara tugasan kerja kursus pra dan pos individu secara keseluruhan bagi KR1, KR2 dan KR3. Keputusan hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min kepenggunaan KBAT Marzano antara KR1 dan KR2 (p < .05). Secara keseluruhan, terdapat keberkesanan yang signifikan pendekatan pengintegrasian gaya pembelajaran Kolb dan KBAT Marzano menerusi penggunaan manual pembelajaran kendiri bagi penjanaan idea