Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) melalui penguasaan kemahiran teknikal dan kemahiran generik bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)

Kajian ini bertujuan berfokus terhadap mengenal pasti komponen penting pelaksanaan kerja kursus, komponen Pembelajaran Berasaskan Masalah, komponen kemahiran teknikal dan komponen kemahiran generik yang diperlukan dalam pelaksanaan kerja kursus mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Respond...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khalid, Noorhidayah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1048/1/24p%20NOORHIDAYAH%20KHALID.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1048/2/NOORHIDAYAH%20KHALID%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1048/3/NOORHIDAYAH%20KHALID%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan berfokus terhadap mengenal pasti komponen penting pelaksanaan kerja kursus, komponen Pembelajaran Berasaskan Masalah, komponen kemahiran teknikal dan komponen kemahiran generik yang diperlukan dalam pelaksanaan kerja kursus mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Responden kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seramai 31 orang. Kajian ini meliputi 9 buah sekolah iaitu SMT Kuala Lumpur, SMT Johor Bahru, SMT Tuanku Jaafar, SMT Alor Setar, SMT Melaka, SMT Kuantan, SMT Terengganu, SMT Tuanku Abdul Rahman Putra dan SMT Sejingkat. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik. Dapatan menunjukkan komponen penting pelaksanaan kerja kursus mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam yang dikenalpasti adalah Peranan Guru, Panduan Pelaksanaan, Kurikulum SMT dan Penilaian dan Pentaksiran. Komponen Pembelajaran Berasaskan Masalah pula adalah Penentuan Masalah, Pemahaman Masalah, Penyelesaian Masalah, Penilaian, dan Penentuan, komponen kemahiran teknikal adalah Kemahiran Amali dan Kemahiran Mengorganisasi merupakan komponen kemahiran generik. Hasil analisis mendapati komponen-komponen di dalam kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) memberi pengaruh yang signifikan secara statistik terhadap komponen-komponen penting dalam pelaksanaan kerja kursus mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Dalam konteks kajian ini, cadangan Pembelajaran Berasaskan Masalah yang dibangunkan oleh pengkaji diharap dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan guru-guru mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam untuk digunakan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.