Pola hubungan sosial rentas etnik dalam kalangan belia: Kajian kes di Pasir Gudang, Johor

Golongan belia berada dalam fasa kerapuhan identiti yang menyebabkan mereka sering terlibat dalam tingkah laku yang menyentuh isu sensitiviti etnik. Maka, hubungan sosial rentas etnik dalam kalangan belia perlu sentiasa dipantau kerana mereka adalah pewaris masa hadapan negara. Hubungan sosial renta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Hamid, Aizathul Hani
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1090/1/24p%20AIZATHUL%20HANI%20BINTI%20ABD%20HAMID.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1090/2/AIZATHUL%20HANI%20BINTI%20ABD%20HAMID%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1090/3/AIZATHUL%20HANI%20BINTI%20ABD%20HAMID%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Golongan belia berada dalam fasa kerapuhan identiti yang menyebabkan mereka sering terlibat dalam tingkah laku yang menyentuh isu sensitiviti etnik. Maka, hubungan sosial rentas etnik dalam kalangan belia perlu sentiasa dipantau kerana mereka adalah pewaris masa hadapan negara. Hubungan sosial rentas etnik dalam kajian ini diteliti menggunakan konsep modal sosial (social capital). Terdapat empat objektif dalam kajian ini iaitu, i) mengenal pasti pola hubungan sosial rentas etnik berdasarkan modal sosial ikatan dalam kalangan belia di Pasir Gudang, ii). mengenal pasti pola hubungan sosial rentas etnik berdasarkan modal sosial rapatan dalam kalangan belia di Pasir Gudang, iii) mengenal pasti pola hubungan sosial rentas etnik berdasarkan modal sosial jaringan dalam kalangan belia di Pasir Gudang, dan iv) mengenal pasti pola berpersatuan hubungan sosial rentas etnik dalam kalangan belia di Pasir Gudang. Kajian ini didasari dengan teori strukturasi yang dikaitkan dengan teori pilihan rasional berdasarkan hubungan etnik. Kajian ini melibatkan 362 belia (Melayu 60%, Cina 25% dan India 15%). Data diperoleh daripada pengedaran soal selidik yang dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23 dan SMART-PLS 3.0. Dapatan pola menunjukkan hubungan sosial rentas etnik berdasarkan modal sosial ikatan, rapatan dan jaringan terbina dalam kalangan belia pelbagai etnik di Pasir Gudang, Johor. Namun begitu, pola berpersatuan secara keseluruhannya hanya terbina dalam kalangan belia Melayu di Pasir Gudang. Pola modal sosial ikatan lebih terbina dalam kalangan belia Cina manakala modal sosial rapatan dan jaringan pula lebih terbina dalam kalangan belia India. Kajian ini mendapati belia Cina dan India lebih terbina hubungan sosial rentas etnik melalui aktiviti bersifat harian manakala belia Melayu lebih terbina hubungan sosial rentas etnik melalui aktiviti berpersatuan. Sumbang dan cadangan kajian lanjut disertakan dalam penulisan bab akhir kajian.