Kesejahteraan sosial Orang Melayu pasca pilihan raya umum ke-14 dari aspek keselamatan

Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 telah mengejutkan pelbagai pihak apabila buat pertama kali dalam sejarah politik negara ini telah berlakunya perubahan politik. Barisan Nasional telah tewas kepada gabungan pakatan pembangkang Pakatan Harapan yang memenangi 122 kerusi parlimen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Drahman, Mohamad Nasir
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/10978/1/24p%20MOHAMAD%20NASIR%20DRAHMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10978/2/MOHAMAD%20NASIR%20DRAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10978/3/MOHAMAD%20NASIR%20DRAHMAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 telah mengejutkan pelbagai pihak apabila buat pertama kali dalam sejarah politik negara ini telah berlakunya perubahan politik. Barisan Nasional telah tewas kepada gabungan pakatan pembangkang Pakatan Harapan yang memenangi 122 kerusi parlimen, berbanding 79 kerusi parlimen yang dimenangi Barisan Nasional. Manakala Parti Islam Se-Malaysia yang bertanding bersendirian pula hanya mendapat 18 kerusi parlimen. Rentetan daripada perubahan tersebut, kaum bukan Melayu menunjukkan yang mereka semakin lantang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu, kuasa Sultan, agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan yang sememangnya telah termaktub sebagai hak keistimewaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, objektif yang pertama untuk kajian ini adalah bagi mengenal pasti konsep kesejahteraan sosial orang Melayu dari aspek keselamatan selepas Pilihan Raya Umum ke-14, objektif yang kedua, menerokai tindakan kerajaan Pakatan Harapan menyebabkan hak-hak kesejahteraan sosial dari segi keselamatan terancam bagi orang Melayu, dan objektif yang terakhir, menganalisis implikasi tindakan Pilihan Raya Umum ke-14 terhadap kesejahteraan sosial orang Melayu dari aspek keselamatan. Kaedah kualitatif dengan gabungan metod temu bual dan analisis dokumen diaplikasikan sebagai reka bentuk kajian. Kemudian, metod tringulasi diaplikasikan untuk pengesahan data kualitatif. Hasil kajian ini memaparkan kesejahteraan sosial orang Melayu dari aspek keselamatan terancam ekoran daripada kerajaan tidak dapat membela persoalan dan kecaman yang diwujudkan terhadap orang Melayu sehingga menyebabkan perpaduan antara kaum menjadi rencam dan kritikal. Kajian akan menjadi bahan rujukan asas kepada kajian- kajian baru yang menyentuh kesejahteraan orang Melayu pada masa akan datang