Kompetensi guru terhadap perancangan rancangan pendidikan individu dan perkembangan murid sekolah pendidikan khas masalah pendengaran

Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sentiasa menjadi isu dan persoalan yang membelenggu guru-guru pendidikan khas dalam perancangan dan aplikasinya terhadap murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Antara faktor utama yang menyebabkan isu ini berlaku adalah kompetensi guru-guru pendidi...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mosbiran, Nor Fauziyana
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2023
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/10983/1/24p%20NOR%20FAUZIYANA%20MOSBIRAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10983/2/NOR%20FAUZIYANA%20MOSBIRAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10983/3/NOR%20FAUZIYANA%20MOSBIRAN%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sentiasa menjadi isu dan persoalan yang membelenggu guru-guru pendidikan khas dalam perancangan dan aplikasinya terhadap murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Antara faktor utama yang menyebabkan isu ini berlaku adalah kompetensi guru-guru pendidikan khas dalam merancang dan melaksanakannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam perancangan RPI terhadap MBPK bermasalah pendengaran di SPK dan juga hubungan kepada perkembangan MBPK. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah melibatkan kaedah tinjauan sepenuhnya. Terdapat dua fasa dalam proses kajian ini. Pada fasa pertama, kajian keperluan dijalankan dengan merujuk kepada tinjauan literatur. Pada fasa kuantitatif pula, elemen-elemen yang diperoleh melalui tinjauan literatur, digunakan untuk menyediakan set soal selidik. Soal selidik yang telah dikemaskini diedarkan kepada 305 orang guru-guru SPK seluruh Malaysia. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat lima elemen kompetensi yang terlibat iaitu pengalaman, kemahiran, kesediaan, kelayakan dan pengetahuan. Dapatan turut menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru dalam merancang RPI adalah sederhana, meliputi kesemua elemen-elemen tersebut. Analisis seterusnya mendapati bahawa kompetensi guru mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan perancangan RPI dan perkembangan MBPK pendengaran. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa, guru perlu meningkatkan kompetensi dari segi pengalaman, kemahiran, kesediaan, kelayakan dan pengetahuan agar dapat merancang RPI kepada MBPK pendengaran dengan lebih baik. Hasil kajian ini juga selari dengan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan kepada guru-guru di SPK dalam merancang dan melaksanakan RPI terhadap MBPK masalah pendengaran