Pengekalan dan kejayaan pelajar kejuruteraan di rangkaian Universiti Teknikal Malaysia : satu kajian kes
Pelajar kejuruteraan memasuki universiti dengan pengetahuan yang terhad tentang strategi yang diperlukan untuk mereka kekal bertahan dalam program pengajian kejuruteraan. Masalah ini mengakibatkan penyediaan graduan dalam bidang kejuruteraan tidak dapat dibekalkan selari dengan keperluan sekto...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1119/1/24p%20NUR%20HIDAYAH%20MOHAMED%20YUNUS.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1119/2/NUR%20HIDAYAH%20MOHAMED%20YUNUS%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1119/3/NUR%20HIDAYAH%20MOHAMED%20YUNUS%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelajar kejuruteraan memasuki universiti dengan pengetahuan yang terhad tentang
strategi yang diperlukan untuk mereka kekal bertahan dalam program pengajian
kejuruteraan. Masalah ini mengakibatkan penyediaan graduan dalam bidang
kejuruteraan tidak dapat dibekalkan selari dengan keperluan sektor perindustrian
negara. Kajian ini bertujuan untuk meneroka motivasi yang mempengaruhi pelajar
untuk kekal dan berjaya dalam program pengajian kejuruteraan. Aspek motivasi yang
dikaji adalah konatif dan motivasi ekstrinsik. Kajian ini dilaksanakan dengan
menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes yang melibatkan temu bual
semi berstruktur sebagai strategi mendapatkan data. Informan kajian melibatkan 24
orang pelajar tahun akhir dari tiga buah fakulti kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal melibatkan empat buah rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
iaitu UTHM, UTeM, UMP dan UniMAP. Data dianalisis menggunakan pendekatan
tematik bagi membangunkan tema utama untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan
kajian menemui empat tema bagi aspek konatif iaitu keinginan, daya usaha inventif,
inisiatif dan kegigihan. Bagi aspek motivasi ekstrinsik pula hasil dapatan menemui
tiga tema iaitu manusia, program pengajian dan insentif. Kajian ini menyumbang
kepada penambahbaikan terhadap model kejayaan pelajar kejuruteraan serta
memberikan maklumat kepada pelajar, pensyarah dan fakulti kejuruteraan tentang
karakteristik yang diperlukan untuk pelajar berjaya dalam program pengajian
kejuruteraan. |
---|