Penilaian keberkesanan kit pengajaran transistor bagi aliran vokasional

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sebuat kit pengajaran transistor sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) untuk meningkatkan kesefahamn pelajar bagi topik transistor di Sekolah Menengah Vokasional (SMV). Kajian ini berbentuk kuasi-eksperiman yang melibatkan dua kumpulan pelajar tingkatan emp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab. Halim, Haizum Hanim
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/11512/1/24p%20HAIZUM%20HANIM%20AB.%20HALIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/11512/2/HAIZUM%20HANIM%20AB.%20HALIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/11512/3/HAIZUM%20HANIM%20AB.%20HALIM%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sebuat kit pengajaran transistor sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) untuk meningkatkan kesefahamn pelajar bagi topik transistor di Sekolah Menengah Vokasional (SMV). Kajian ini berbentuk kuasi-eksperiman yang melibatkan dua kumpulan pelajar tingkatan empat yang mengambil kursus Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pra-ujian dan pasca-ujian direka dan dibangunkan untuk menilai tahap kefahaman pelajar bagi topik transistor. Pra-ujian yang berbentik soalan aneka pilihan diberikan untuk memastikan keseragaman tahap pengetahuan responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Pasca-ujian akan diberikan selepas rawatan dan hasil kajian akan menunjukkan kesan pengajaran yang menggunakan ABBM terhadap kefahaman pelajar. Ujian Lavene's telah dijalankan untuk melihat kesetaraan pengetahuan awal antara pelajar dan hasilnya menunjukkan tiada perbezaan pengetahuan awal antara pelajar (nilai Signifikan ialah 0.482>0.005, melebihi aras keyakinan 95%). Ujian t-independent Samples melebihi aras keyakinan 95% (0.05) menunjukkan 0.150. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi min markah pasca ujian antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Nilai skor min bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi dibandingkan dengan kumpulan kawalan iaitu 18.47 dan 12.93. Ini menunjukkan bahawa pencapaian prestasi dalam ujian penilaian transistor bagi kumpulan yang didedahkan dengan model ABBM kit pengajaran transistor ( kumpulan rawatan) adalah lebih tinggi berbanding kumpulan pelajar yang mengikuti sesi P&P secara konvensional (kumpulan kawalan). Ia dapat disimpulkan bahawa, penggunaan kit pengajaran transistor sebagai model ABBM memberi kesan terhadap kefahaman pelajar berkenaan topik transistor.