Kajian kecacatan di Taman Putera Indah, Batu Pahat, Johor
Kediaman baru bebas kecacatan berkait dengan kepuasan pembeli terhadap pelaburan mereka. Malang sekali, rintihan ketidakpuasan hati pembeli terhadap kualiti rumah semasa penerimaan kunci dan sepanjang tempoh kependudukan sering didengari mestipun perkembangan teknologi pembinaan telah memakan...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English English English |
出版: |
2019
|
主題: | |
在線閱讀: | http://eprints.uthm.edu.my/1171/2/24p%20SHAHIDAH%20MD%20SALEH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1171/1/SHAHIDAH%20MD%20SALEH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1171/3/SHAHIDAH%20MD%20SALEH%20WATERMARK.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Kediaman baru bebas kecacatan berkait dengan kepuasan pembeli terhadap pelaburan
mereka. Malang sekali, rintihan ketidakpuasan hati pembeli terhadap kualiti rumah
semasa penerimaan kunci dan sepanjang tempoh kependudukan sering didengari
mestipun perkembangan teknologi pembinaan telah memakan masa berdekad-dekat
lamanya. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti jenis
kecacatan yang dihadapi oleh para pembeli semasa proses penyerahan kunci rumah
seterusnya mengenalpasti punca kecacatan ini terjadi dari sudut pandang pengurusan
pembinaan. Bagi mencapai objektif, kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif
dijalankan di Taman Putera Indah, Batu Pahat, Johor. Bagi mengenalpasti jenis
kecacatan yang dialami oleh pembeli, sebanyak 141 borang kaji selidik diedarkan
kepada pembeli kediaman baru dan kajian menerima 57 borang yang lengkap untuk
dianalisa. Manakala, 7 responden yang terdiri daripada pemaju, konsultan dan
kontraktor ditemubual bagi mengenalpasti punca yang mempengaruhi kecacatan ini
terjadi. Hasil kajian mendapati masalah utama kecacatan yang dihadapi oleh pembeli
unit kediaman di kawasan kajian ialah keadaan rumah yang kotor semasa penyerahan
kunci, terdapat retakan pada struktur dinding, keadaan permukaan lantai tidak sama
rata dan terdapat kesalahan pada kecerunan lantai, siling rumah bocor, pintu dan
tingkap mengeluarkan bunyi berderet apabila dibuka dan ditutup, dan pemasangan
kelengkapan rumah tidak kemas selain kelengkapan tersebut tidak berfungsi dan
hilang aksesorinya. Selain itu, kajian telah menemukan dapatan baru punca kecacatan
mungkin terjadi iaitu lokasi perumahan yang berdekatan dengan pembinaan yang
sedang berjalan. Diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan oleh
semua pihak. |
---|