Amalan pentaksiran untuk pembelajaran guru-guru sekolah kluster kecemerlangan sekolah rendah zon selatan

Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pentaksiran untuk pembelajaran bagi guru-guru sekolah kluster kecemerlangan (SKK) sekolah rendah Zon Selatan Semenanjung Malaysia. Secara terperinci, ia memberi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khamis, Senin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/123/1/24p%20SENIN%20KHAMIS.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/123/2/SENIN%20KHAMIS%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/123/3/SENIN%20KHAMIS%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pentaksiran untuk pembelajaran bagi guru-guru sekolah kluster kecemerlangan (SKK) sekolah rendah Zon Selatan Semenanjung Malaysia. Secara terperinci, ia memberi maklumat tentang tahap pemahaman konsep asas pentaksiran dalam pendidikan dan menilai amalan pentaksiran untuk pembelajaran yang dilaksanakan. Kajian juga turut menilai hubungan amalan pentaksiran untuk pembelajaran mengikut profil demografi serta menentukan sumbangan yang signifikan strategi pentaksiran untuk pembelajaran terhadap amalan pentaksiran yang dilaksanakan di bilik darjah. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif melibatkan kaedah tinjauan dijalankan pada fasa pertama kajian. Pendekatan kualitatif melibatkan kajian kes dijalankan pada fasa kedua untuk menyokong dan menerangkan lebih lanjut dapatan kajian fasa pertama. Pada fasa pertama seramai 152 orang guru dari 9 buah sekolah SKK sekolah rendah Zon Selatan, Semenanjung yang mengajar mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk menjawab satu set soal selidik. Pada fasa kedua seramai 8 orang guru yang terdiri daripada 4 orang guru mata pelajaran teras dan 4 orang guru yang terlibat dalam pengurusan pentaksiran dipilih berdasarkan persampelan bertujuan untuk ditemu bual dan 8 orang guru mata pelajaran teras dipilih untuk pemerhatian pengajaran. Dapatan kajian terhadap tahap pemahaman konsep asas dan tujuan pentaksiran menunjukkan tahap pemahaman yang sangat jelas. Dapatan amalan pentaksiran untuk pembelajaran berdasarkan tujuh strategi amalan pentaksiran untuk pembelajaran menunjukkan secara keseluruhannya berapa pada tahap tinggi dengan amalan yang kerap dilakukan kecuali pada strategi keempat dan ketujuh mempunyai tahap amalan yang sederhana dengan amalan sesekali sahaja dilaksanakan oleh guru-guru tersebut. Berdasarkan profil demografi, dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina guru, pengalaman guru, dan mata pelajaran yang diajar dengan amalan pentaksiran untuk pembelajaran. Sebagai sumbangan, kajian ini mencadangkan satu panduan dan kerangka pentaksiran untuk pembelajaran yang boleh digunapakai oleh semua guru di sekolah.