Keberkesanan modul asas keusahawanan bercirikan strategi pembelajaran masteri terhadap pelajar Orang Asli

Kajian ini adalah berbentuk eksperimen sebenar jenis ujian pra-pos yang bertujuan mengenal pasti keberkesanan modul asas keusahawanan yang bercirikan strategi pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan tingkah laku keusahawanan pelajar Orang Asli. Pengukuran pencapaian dalam kajian ini dilaku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amiruddin, Mohd Hasril
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1270/1/24p%20MOHD%20HASRIL%20AMIRUDDIN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah berbentuk eksperimen sebenar jenis ujian pra-pos yang bertujuan mengenal pasti keberkesanan modul asas keusahawanan yang bercirikan strategi pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan tingkah laku keusahawanan pelajar Orang Asli. Pengukuran pencapaian dalam kajian ini dilakukan dalam konteks topik�topik yang dipelajari sepanjang tempoh rawatan. Manakala tingkah laku keusahawanan diukur berdasarkan penilaian kendiri pelajar ke atas empat konstruk tingkah laku keusahawanan yang berkait dengan interpretasi tingkah laku pelajar untuk menceburkan diri dalam keusahawanan berdasarkan kepada ilmu asas keusahawanan yang diperoleh semasa rawatan. Dua kumpulan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar dalam kelas sedia ada yang dibahagikan secara rawak, terdiri daripada 80 pelajar Orang Asli di dua Pusat Latihan JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) iaitu Pusat Latihan Paya Bungor Kuantan, Pahang dan Pusat GIATMARA JAKOA Damansara Damai Sungai Buloh, Selangor. Pembahagian pelajar dalam setiap kelas adalah secara rawak yang ditentukan oleh pihak pentadbir pusat latihan itu sendiri. Seramai 40 responden berada dalam kumpulan eksperimen (Pembelajaran Masteri-PM) manakala 40 responden dalam kumpulan kawalan (Pembelajaran Tradisional-PT). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada set ujian, soal selidik dan soalan temu bual berstruktur. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, seperti ujian-t sampel bebas, ANCOVA, MANOVA dan MANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan PM memperoleh tahap pencapaian (effect size=0.56) dan perubahan tingkah laku keusahawanan (effect size=0.2) yang lebih tinggi berbanding kumpulan PT. Penggunaan strategi PM didapati berkesan terhadap perubahan tingkah laku pelajar berdasarkan data pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Kumpulan PM menunjukkan persepsi yang lebih positif terhadap peningkatan dan perubahan tingkah laku keusahawanan dalam kursus asas keusahawanan berbanding kumpulan PT. Kajian ini memberi implikasi terhadap amalan pendekatan pengajaran dan pembelajaran kursus asas keusahawanan di pusat latihan kemahiran di bawah kelolaan JAKOA. Oleh yang demikian inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar minoriti harus diberi perhatian. Ianya seiring dengan keperluan dalam pembangunan modal insan untuk melahirkan individu yang berkeupayaan memajukan diri dan menjadikan kehidupannya lebih berkualiti.