Analisis keselesaan termal di bangunan fakulti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor

Keselesaan termal merupakan keperluan utama bagi seseorang penghuni sesebuah bangunan untuk melaksanakan kerja hariannya. Isu yang diutarakan dalam kajian ini ialah ketidakselesaan termal yang dihadapi oleh penghuni yang bekerja di dalam bangunan telah menimbulkan pelbagai masalah dari segi ps...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Abdul Rahman, Afzainizam
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2014
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/1427/1/24p%20AFZAINIZAM%20ABDUL%20RAHMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1427/2/AFZAINIZAM%20ABDUL%20RAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1427/3/AFZAINIZAM%20ABDUL%20RAHMAN%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Keselesaan termal merupakan keperluan utama bagi seseorang penghuni sesebuah bangunan untuk melaksanakan kerja hariannya. Isu yang diutarakan dalam kajian ini ialah ketidakselesaan termal yang dihadapi oleh penghuni yang bekerja di dalam bangunan telah menimbulkan pelbagai masalah dari segi psikologi dan fisiologi di tempat kerja. Oleh hal yang demikian, kajian telah menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah borang soal selidik dan pengukuran lapangan. Hasil analisis kajian mendapati bahawa bacaan suhu minimum ialah 28.9°C dan suhu maksimum pula ialah 32.4°C. Manakala, purata bacaan Indeks Ketidakselesaan (DI) pada waktu pagi, tengah hari dan petang masing-masing ialah 27.2°C, 28.0°C dan 28.4°C. Dengan indeks DI sebegini telah menyebabkan lebih 50 peratus populasi penghuni bagi ketiga-tiga bangunan mengalami masalah ketidakselesaan termal. Selain itu juga, hasil analisis persepsi responden, kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara cuaca di luar bangunan pada waktu pagi dan tengah hari dengan tahap keselesaan termal responden. Impak dari ketidakselesaan termal telah menimbulkan beberapa gangguan kesihatan kepada responden seperti kulit kering, selesema, sakit kepala dan sebagainya. Oleh yang demikian, kebanyakan responden lebih cenderung membuka/menutup tingkap berbanding menggunakan alat penyaman udara bagi mendapatkan tahap keselesaan termal yang diinginkan. Di akhir kajian ini menyimpulkan bahawa, kualiti hidup bagi penghuni di bangunan fakulti UTHM berada pada tahap kurang memuaskan dengan julat keselesaan penghuni ialah di antara 21.5°C sehingga 30.2°C. Cadangan penambaikan yang boleh dilaksanakan oleh pihak PPH UTHM ialah mereka bentuk bangunan yang bercirikan kelestarian (bangunan hijau) dan mengaplikasikan teknologi pengudaraan bangunan yang tidak bergantung pada tenaga elektrik semata-mata.