Kepimpinan instruksional dalam peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan pensyarah
Kajian ini meneroka amalan kepimpinan instruksional pensyarah sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran di Kolej KemahiranTinggi MARA Sri Gading, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang dan Kolej Kemahiran Tinggi Masjid Tanah. Pensyarah yang dipilih sebagai kepimpinan instruksional adalah terdiri d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1430/1/24p%20AHMAD%20FAUZI%20AHMAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1430/2/AHMAD%20FAUZI%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1430/3/AHMAD%20FAUZI%20AHMAD%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini meneroka amalan kepimpinan instruksional pensyarah sebagai pemimpin
pengajaran dan pembelajaran di Kolej KemahiranTinggi MARA Sri Gading, Kolej
Kemahiran Tinggi MARA Ledang dan Kolej Kemahiran Tinggi Masjid Tanah.
Pensyarah yang dipilih sebagai kepimpinan instruksional adalah terdiri daripada
Timbalan Pengarah HEA, Ketua Jabatan, Ketua Program, Ketua Unit dan
Penyelaras Kursus yang berasaskan empat amalan pengurusan instruksional iaitu
merangka matlamat pengajaran dan pembelajaran, pemantauan kurikulum dengan
pengajaran dan pembelajaran, mengekalkan pemantauan kurikulum dengan
pengajaran dan pembelajaran, dan berdasarkan sokongan pembelajaran dengan
pengajaran dan pembelajaran. Kajian deskriptif ini dijalankan secara tinjauan keatas
108 responden dari tiga lokasi kajian dengan menggunakan borang soal selidik.
Pengumpulan data secara mengedarkan soal selidik mengandungi bahagian
demografi dan 4 bahagian mengandungi 24 item kajian kepada semua responden.
Analisis data berasaskan perisian SPSS versi 20 dalam bentuk statistik deskriptif
iaitu nilai min, sisihan piawai, ujian-t sampel bebas dan anova satu hala. Hasil
kajian ini semuanya menunjukkan pada tahap tinggi dalam kepimpinan instruksional
berdasarkan pemantauan kurikulum pembelajaran. Ujian-t menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepimpinan instruksional dengan
jantina dan ujian anova satu hala menunjuk tidak terdapat pebezaan yang signifikan
antara status jawatan dengan kepimpinan instruksional. Dapatan kajian ini,
menunjukkan bahawa pensyarah KKTM mempunyai pengetahuan dan kemahiran
yang baik dalam kepimpinan instruksional dalam pengajaran dan pembelajaran. |
---|