Persepsi pelajar terhadap aktiviti origami berkumpulan dalam pembentukan kemahiran kerja berpasukan

Kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan diterap dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Justeru para pendidik perlu memilih straregi pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada keberkesanan yang tinggi untuk mencapai hasra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jusoh@Mamat, Aizam
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1434/1/24p%20AIZAM%20JUSOH%40MAMAT.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1434/2/AIZAM%20JUSOH%40MAMAT%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan diterap dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Justeru para pendidik perlu memilih straregi pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada keberkesanan yang tinggi untuk mencapai hasrat murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber seperti penggunaan origami sebagai alat pendidikan telah banyak dibuktikan keberkesananannya malah mampu membentuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap kemahiran kerja berpasukan melalui aktiviti origami berkumpulan. Secara khususnya kajian ini menilai seni lipatan origami dalam pembangunan kemahiran kerja berpasukan berdasarkan tahap penilaian reaksi dalam Model Kirkpatrik terhadap pelajar-pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT). Metodologi kajian ini bersifat kuantitatif dengan reka bentuk eks pos fakto yang menggunakan instrumen soal selidik secara tinjauan awal dan tinjauan akhir. Sampel kajian pula melibatkan 30 orang pelajar dari kursus Mekanikal Pemesinan Industri (MPI) di KVMT. Setelah data soal selidik dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 21, setiap keputusan dapatan ditunjukkan dalam bentuk min, peratus dan ujian-t. Keputusan hasil kajian ini mendapati persepsi pelajar terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan setelah menjalani aktiviti origami berkumpulan berada pada tahap yang tinggi. Persepsi pelajar KVMT terhadap keberkesanan aktiviti origami berkumpulan berdasarkan tahap penilaian reaksi juga didapati berada pada tahap yang tinggi. Diharapkan aktiviti berkumpulan berlandaskan seni lipatan origami diterima baik ke arah membentuk kemahiran kerja berpasukan dan dapat membantu pihak tertentu terutamanya pihak Kolej Vokasional Melaka Tengah dalam penyelesaian masalah penerapan ‘Employability Skills’.