Pembangunan kerangka pengurusan risiko pendidikan luar di Institut Pendidikan Tinggi Malaysia
Pengurusan risiko pendidikan luar (PRPL) bertujuan untuk mengawal, meminimum dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan kecederaan. Justeru, pengurusan risiko pendidikan luar diperlukan untuk meningkatkan langkah keselamatan semasa perlaksanaan aktiviti dijalankan disamping mewujudkan sif...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/146/1/24p%20ABIDAH%20AINAH%20MOHAMED%20%40%20JAMAL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/146/2/ABIDAH%20AINAH%20MOHAMED%20%40%20JAMAL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/146/3/ABIDAH%20AINAH%20MOHAMED%20%40%20JAMAL%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengurusan risiko pendidikan luar (PRPL) bertujuan untuk mengawal, meminimum
dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan kecederaan. Justeru,
pengurusan risiko pendidikan luar diperlukan untuk meningkatkan langkah
keselamatan semasa perlaksanaan aktiviti dijalankan disamping mewujudkan sifar
risiko. Namun sehingga kini, pelan pengurusan risiko yang sesuai belum dikenal
pasti dan kebanyakan tenaga pengajar hanya mengaplikasikan pengurusan risiko
pendidikan luar berdasarkan pengalaman. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal
pasti konstruk dan elemen pengurusan risiko pendidikan luar terhadap tenaga
pengajar di universiti dan untuk menguji dan mengesahkan kerangka pengurusan
risiko pendidikan luar yang diperlukan oleh tenaga pengajar di universiti. Temu bual
dan tinjuan menggunakan soal selidik telah dilakukan bagi mengumpul data. Dua
instrumen data telah digunakan iaitu protokol temu bual dan soal selidik. Lima puluh
lapan orang tenaga pengajar dan lapan ratus enam belas orang pelajar telah dipilih
untuk kajian ini. Data kualitatif telah dianalisis menggunakan teknik Fuzzy Delphi
Method dalam mendapatkan kesepakatan pakar bagi mengenal pasti kedudukan item
pengurusan risiko pendidikan luar dan data kuantitatif telah dianalisis menggunakan
perisian Winsteps version V3.69.1.11. Kesemua konstruk dan item pengurusan risiko
pendidikan luar mempunyai indeks kebolehpercayaan Fleiss Kappa antara 0.73
hingga 0.93, nilai kebolehpercayaan individu ialah 0.94 dan nilai kebolehpercayaan
item ialah 0.80. Analisis data menunjukkan bahawa konstruk pengurusan risiko
pendidikan luar ialah pengenalpastian, pemilihan operasi, pelaksanaan dan penilaian.
Konstruk pengurusan risiko pendidikan luar yang dominan bagi tenaga pengajar
ialah penilaian, pelaksanaan, pemilihan operasi dan pengenalpastian manakala untuk
pelajar ialah pemilihan operasi, pengenalpastian, pelaksanaan dan penilaian. Analisis
Differential Group Functioning (DGF) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara tenaga pengajar dengan pelajar. Konstruk pengurusan risiko
pendidikan luar yang dibina bersifat unidimensi dan disahkan bagi memenuhi kriteria
analisis komponen utama. Sebagai kesimpulan, terdapat keperluan pengurusan risiko
dalam pendidikan luar untuk meningkatkan aspek keselamatan dalam melaksanakan
aktiviti pendidikan luar supaya tidak berlakunya kemalangan yang melibatkan para
pelajar. |
---|