Tinjauan pendapat pelatih ke atas pentaksiran berasaskan institusi di Institusi Latihan Kemahiran Awam
Kajian ini berjudul “Tinjauan Pendapat Pelatih Ke Atas Pentaksiran Berasaskan Institusi Di Institusi Latihan Kemahiran Awam”. Kajian kuantitatif deskriptif berbentukan kajian kes institusi ini bertujuan melihat amalan PBI di empat institusi latihan berbeza. Objektif kajian adalah untuk menentu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1472/1/24p%20IZAN%20ROZAIMIE%20MOHAMED%20IBRAHIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1472/2/IZAN%20ROZAIMIE%20MOHAMED%20IBRAHIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1472/3/IZAN%20ROZAIMIE%20MOHAMED%20IBRAHIM%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini berjudul “Tinjauan Pendapat Pelatih Ke Atas Pentaksiran Berasaskan Institusi
Di Institusi Latihan Kemahiran Awam”. Kajian kuantitatif deskriptif berbentukan kajian
kes institusi ini bertujuan melihat amalan PBI di empat institusi latihan berbeza.
Objektif kajian adalah untuk menentukan ciri-ciri amalan PBI mengikut pendapat
pelatih. Hipotesis pertama menguji pendapat pelatih yang mendakwa wujud hubungan
kukuh antara institusi dan hipotesis kedua, pendapat pelatih yang mendakwa wujud
kesamaan antara institusi yang dikaji. Kajian ini memfokus dalam kalangan pelatih
program Asas Pendawaian Elektrik Tahap Satu dari IKM Lumut (93 pelatih),
GiatMARA Teluk Intan (37 pelatih), IKBN Seri Iskandar (74 pelatih) dan ILJTM Ipoh
(107 pelatih) menggunakan pendekatan persampelan penuh berdasarkan enrolmen sedia
ada.. Data mentah diproses secara statistik deskriptif untuk menghitung min bagi
pangkatan dan sisihan piawai. Dapatan analisis data menunjukkan min pendapat
keseluruhan pelatih (311 : 100 peratus) adalah pada tahap kesamaan yang tinggi(min =
4.23) pada serakan pendapat yang rendah (Sisihan Piawai= 0.78). Analisis inferensi
menguji ujian hipotesis pertama, melalui pekali Pearson-r = -0.141, iaitu hubungan
antara institusi yang dikaji dengan PBI adalah hubungan songsang, di mana ujian
hipotesis kedua, analisis Anova menunjukkan F kiraan = 1.484 melebihi Jadual F,
memutuskan menolak H null, yang mengatakan wujud persamaan amalan PBI antara
institusi yang dikaji. Kajian ini merumuskan wujud kesamaan pendapat pelatih
mengenai amalan PBI dalam program Sijil Pendawaian Elektrik mengikut institusi yang
dikaji.
Istilah Utama: Pentaksiran Berasaskan Institusi (PBI), Sijil Pendawaian Elektrik Tahap
Satu, SLDN, Institusi Latihan Vokasional Awam, autonomi |
---|