Kesan pembelajaran berasaskan masalah terhadap motivasi pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu kaedah pembelajaran secara aktif, berpusatkan pelajar, melibatkan perbincangan kumpulan dan berlandaskan masalah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan motivasi pelajar melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) berbanding motivasi pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jasman, Kamal
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1525/1/24p%20KAMAL%20JASMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1525/2/KAMAL%20JASMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1525/3/KAMAL%20JASMAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu kaedah pembelajaran secara aktif, berpusatkan pelajar, melibatkan perbincangan kumpulan dan berlandaskan masalah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan motivasi pelajar melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) berbanding motivasi pelajar melalui kaedah Pembelajaran Sedia Ada (PSA) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk Eksperimental Benar Ujian Pasca yang melibatkan 30 orang pelajar Tahun 5. Motivasi pelajar diukur dengan menggunakan soal selidik yang dibangunkan. Motivasi pelajar dibandingkan antara Kumpulan Rawatan (PBM) seramai 15 orang pelajar dengan Kumpulan Kawalan (PSA) seramai 15 orang pelajar. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis statistik yang terlibat adalah analisis deskriptif dan Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan motivasi keseluruhan pelajar Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu, nilai skor min motivasi keseluruhan Kumpulan Rawatan adalah lebih tinggi daripada Kumpulan Kawalan. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik (p<0.05) di antara skor min keseluruhan motivasi pelajar Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Bagi komponen motivasi pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) di antara skor min motivasi aspek tumpuan usaha di antara pelajar Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Walau bagaimanapun, bagi dua komponen iaitu motivasi aspek minat untuk belajar dan aspek kepuasan dengan pembelajaran, terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara skor min bagi Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min motivasi keseluruhan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam Kumpulan Rawatan. Sebaliknya, terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min motivasi keseluruhan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam Kumpulan Kawalan. Pada keseluruhannya, motivasi pelajar adalah tinggi melalui PBM dalam Kemahiran Hidup. Kajian mencadangkan penyelidikan tentang kesan PBM terhadap pencapaian dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk kajian akan datang.