Kecenderungan pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat memilih latihan vokasional
Masalah kekurangan bilangan pelajar yang mengikuti latihan vokasional menjadi fenomena di ADTEC Batu Pahat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sebab bilangan pelajar yang memilih untuk menjalani latihan vokasional di ADTEC Batu Pahat tidak mencapai sasaran perancangan setiap se...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1533/1/24p%20MEOR%20MOHD%20NAZIR%20MOHD%20ALWI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1533/2/MEOR%20MOHD%20NAZIR%20MOHD%20ALWI%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masalah kekurangan bilangan pelajar yang mengikuti latihan vokasional menjadi
fenomena di ADTEC Batu Pahat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengkaji sebab bilangan pelajar yang memilih untuk menjalani latihan vokasional di
ADTEC Batu Pahat tidak mencapai sasaran perancangan setiap sesi pengambilan.
Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sumber maklumat latihan vokasional yang
dirujuk, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC) Batu Pahat untuk menceburi bidang vokasional dan persepsi pelajar
setelah menjalani latihan vokasional di ADTEC Batu Pahat. Kajian dilakukan secara
kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik Likert berskala lima mata.
Daripada 208 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 194 borang bersamaan
dengan sembilan puluh tiga perpuluhan dua tujuh peratus borang dikembalikan dan
diproses. Responden terdiri daripada para pelajar semester 4 dan semester 5 Jabatan
Komputer dan Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran ADTEC Batu Pahat. Perisian
SPSS versi 20.0 telah digunakan bagi menganalisa data kajian secara frekuensi, min
dan peratus. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa laman web merupakan
sumber maklumat utama pelajar untuk mencari maklumat berkaitan latihan
vokasional, manakala faktor utama yang mempengaruhi pelajar untuk menceburi
bidang vokasional adalah peluang kerjaya. Analisa data juga mendapati responden
mempunyai persepsi positif terhadap ADTEC Batu Pahat serta turut bersetuju untuk
mencadangkan pusat latihan ini sebagai pilihan untuk latihan vokasional bagi
kemasukan baru. Justeru, penggunaan laman web di samping memperhebatkan
promosi dan kempen pemasaran dengan mempelbagaikan kaedah amat penting bagi
menarik bakal pelajar baru. |
---|