Hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin dan stres kerja dalam kalangan pekerja industri

Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk di perumahan flat Taman Cendana. Terdapat beberapa masalah keselamatan yang berlaku iaitu dari segi keselamatan individu, keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan. Majoriti pendudu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Halim, Nor Hayatie
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1650/1/24p%20NOR%20HAYATIE%20BINTI%20ABDUL%20HALIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1650/2/NOR%20HAYATIE%20BINTI%20ABDUL%20HALIM%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk di perumahan flat Taman Cendana. Terdapat beberapa masalah keselamatan yang berlaku iaitu dari segi keselamatan individu, keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan. Majoriti penduduk di perumahan flat itu adalah terdiri daripada pekerja-pekerja industri. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu, keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja industri serta mengenalpasti disiplin kerja dan tahap stres dalam kalangan pekerja industri. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin kerja dan tahap stres penduduk yang bekerja di industri. Responden yang terpilih terdiri daripada 113 orang penduduk perumahan Taman Cendana yang bekerja di industri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen analisis borang soal selidik. Data yang dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Sosial Science (SPSS) versi 20.0. Data yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan statistik deskriptif iaitu pengiraan min, peratusan dan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap keselamtan penduduk di perumahan flat adalah rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap stres penduduk adalah rendah dan tahap disiplin kerja pula adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat permasalahan yang besar terhadap tahap keselamatan pekerja industri di perumahan flat ini. Kajian ini juga dapat memberi pengetahuan kepada penduduk bahawa pekerja industri mengalami tahap stres yang tinggi berikutan kepada beban tugas yang berat.