Pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital dalam memperkasakan pengajaran guru di sekolah

Seiringan dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pembelajaran melalui buku teks digital untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi g...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zarwawi, Nur Fatin Fariha
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1658/1/24p%20NUR%20FATIN%20FARIHA%20BINTI%20ZARWAWI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1658/2/NUR%20FATIN%20FARIHA%20BINTI%20ZARWAWI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seiringan dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pembelajaran melalui buku teks digital untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru dan cabaran dalam pelaksanaan pembelajaran melalui buku teks digital dalam memperkasakan pengajaran guru di sekolah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan juga untuk mengetahui kecenderungan guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran melalui buku teks digital. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan memilih kaedah deskriptif untuk digunakan dalam kajian ini telah melibatkan guru-guru di sekolah yang melaksanakan pembelajaran melalui buku teks digital. Borang soal selidik telah disebarkan kepada 75 sampel kajian yang terlibat. Terdapat tiga buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir. Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Sciences 20.0 (SPSS) dengan menjalankan analisis deskriptif iaitu nilai min dan sisihan piawai bagi persoalan kajian pertama, kedua dan ketiga. Manakala bagi persoalan kajian keempat dianalisis menggunakan analisis korelasi Spearman untuk mengetahui hubungan antara persepsi guru bagi aspek kesediaan, penggunaan dan kemahuan dengan kecenderungan guru untuk melibatkan diri dalam pembelajaran melalui buku teks digital. Hasil analisis mendapati pekali korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, sekaligus menunjukkan HO tidak diterima. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan tetapi pelaksanaannya masih ditahap kurang memuaskan dan masih memerlukan penambahbaikan di masa akan datang.