Minat pelajar dalam subjek kemahiran hidup bersepadu

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji minat pelajar pelbagai kaum dalam subjek Kemahiran Hidup di dua buah sekolah menengah harian di daerah Muar. Banyak faktor mampu mempengaruhi minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran hidup iaitu pendapatan ibu bapa dan latar belakang pendidika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Takim, Selamat
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1675/1/24p%20SELAMAT%20TAKIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1675/2/SELAMAT%20TAKIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1675/3/SELAMAT%20TAKIM%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji minat pelajar pelbagai kaum dalam subjek Kemahiran Hidup di dua buah sekolah menengah harian di daerah Muar. Banyak faktor mampu mempengaruhi minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran hidup iaitu pendapatan ibu bapa dan latar belakang pendidikan ibu bapa. Kajian ini bertujuan mengkaji perbezaan minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup antara demografi jantina, kepelbagaian kaum iaitu Melayu, Cina dan India serta pencapaian pelajar dalam subjek Kemahiran Hidup. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Seramai 120 responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga sesi 2013 dipilih secara rawak di dua buah sekolah iaitu SMK Raja Muda dan SMK Tengku Mahkota, Muar. Data dikumpul melalui soal-selidik dan dianalisis dengan perisian SPSS melalui kekerapan, ujian statistik ANOVA satu-hala dan ujian Post Hoc untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar tidak meminati (skor min=3.67) subjek Kemahiran Hidup. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan minat dikalangan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Di samping itu terdapat juga persamaan kepelbagaian demografi dan perbezaan dalam kepelbagaian demografi yang telah dikaji. Hasil Kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pelbagai pihak untuk mempertingkatkan kuantiti pelajar meminati subjek Kemahiran Hidup dan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan untuk kajian yang seterusnya dimasa akan datang.