Kompetensi guru dalam pengajaran amali teknologi pembinaan di kolej vokasional

Untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mahir dan separa mahir, guru merupakan tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kompetensi guru dalam pengajaran...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Syed Ali, Syed Jaafar
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 2014
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/1691/1/24p%20SYED%20JAAFAR%20SYED%20ALI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1691/2/SYED%20JAAFAR%20SYED%20ALI%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mahir dan separa mahir, guru merupakan tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kompetensi guru dalam pengajaran amali. Tujuan kajian ini adalah untuk: (i) mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran amali Teknologi Pembinaan di kolej vokasional; (ii) mengenal pasti perbezaan dari pengetahuan berdasarkan jantina dalam proses pengajaran amali Teknologi Pembinaan; dan (iii) mengenalpasti perbezaan dari segi kemahiran berdasarkan pengalaman guru dalam proses pengajaran amali Teknologi Pembinaan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan soal selidik berskala Likert sebagai instrumen. Seramai 60 orang guru yang dipilih secara sampel bertujuan yang merupakan guru yang mengajar amali Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional negeri Pahang. Data-data di analisis menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuan Rasch bagi mendapatkan nilai skor min dan min logit. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran amali Teknologi Pembinaan berada pada tahap yang tinggi. Analisis juga mendapati terdapat perbezaan pengetahuan guru berdasarkan jantina iaitu guru lelaki lebih berpengetahuan dalam pengajaran amali teknologi pembinaan berbanding guru perempuan. Manakala tidak terdapat perbezaan kemahiran guru berdasarkan pengalaman mengajar iaitu guru baru mengajar mempunyai kemahiran amali yang sama dengan guru yang sudah lama mengajar. Pengkaji berharap hasil kajian dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya melibatkan pengajaran amali di bengkel.