Kompetensi guru dalam pengajaran amali reka bentuk dan teknologi di Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat
Kompetensi bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang individu dalam melakukan sesuatu tugasan. Kompetensi juga merujuk kepada kemampuan seseorang dalam melaksanakan sesuatu yang diperolehi melalui pendidikan dan juga merujuk kepada prestasi dan perbuatan yang rasional untuk memenuhi spesi...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English English English |
出版: |
2014
|
主題: | |
在線閱讀: | http://eprints.uthm.edu.my/1703/1/24p%20ZAIHA%20NABILA%20MD%20HARUN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1703/2/ZAIHA%20NABILA%20MD%20HARUN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1703/3/ZAIHA%20NABILA%20MD%20HARUN%20WATERMARK.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Kompetensi bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang individu dalam
melakukan sesuatu tugasan. Kompetensi juga merujuk kepada kemampuan
seseorang dalam melaksanakan sesuatu yang diperolehi melalui pendidikan dan
juga merujuk kepada prestasi dan perbuatan yang rasional untuk memenuhi
spesifikasi tertentu di dalam pelaksanaan tugas-tugas pendidikan. Objektif
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru
terhadap pengajaran amali Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah
Daerah Batu Pahat. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif yang menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik yang dibina
adalah berdasarkan kepada tiga elemen iaitu elemen pengetahuan, kemahiran
dan sikap. Seramai 118 orang guru yang mengajar mata pelajaran ini telah
terlibat sebagai responden. Data yang dikumpulkan telah dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19
yang melibatkan statistik skor min dan ujian-T tidak bersandar. Hasil dapatan
kajian yang diperolehi menunjukkan guru-guru Reka Bentuk dan Teknoogi
mempunyai tahap kompetensi yang tinggi terhadap proses pengajaran amali
iaitu skor min yang diperolehi pada elemen pengetahuan adalah 4.23, elemen
kemahiran adalah 4.30, dan elemen sikap adalah 4.47. Dapatan kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
kompetensi berdasarkan jantina guru lelaki dan guru perempuan dengan nilai
sigifikan melebihi 0.05 iaitu sebanyak 0.059. Beberapa cadangan untuk
penambahbaikan juga dikemukan dalam kajian ini. Hasil dari dapatan kajian ini
dapat digunakan sebagai cadangan garis panduan kepada guru-guru Reka
Bentuk dan Teknologi untuk mencapai Standard Kompetensi Guru. |
---|