Pendekatan konstruktif dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional
Pendekatan konstruktif adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar manakala inovasi pengajaran pula dikaitkan dengan kaedah pengajaran yang terbaru demi mengukuhkan pemahaman pelajar. Pembelajaran berasaskan pendekatan konstruktif merupakan elemen yang penting dan pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1706/1/24p%20ZAKARIA%20OMAR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1706/2/ZAKARIA%20OMAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1706/3/ZAKARIA%20OMAR%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendekatan konstruktif adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar manakala inovasi pengajaran pula dikaitkan dengan kaedah
pengajaran yang terbaru demi mengukuhkan pemahaman pelajar. Pembelajaran
berasaskan pendekatan konstruktif merupakan elemen yang penting dan perlu
difahami oleh guru-guru bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran
sesuai dengan peredaran masa dan menjayakan proses tranformasi pendidikan
negara. Objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pemahaman guru-guru
bahasa Melayu berkaitan inovasi, mengenal pasti perbezaan yang wujud antara guru
lelaki dan guru perempuan dalam mengamalkan inovasi, pengkaji juga melihat
adakah wujud perbezaan antara guru baru dan guru yang sudah berpengalaman
dalam aspek mengaplikasikan inovasi serta mengenal pasti kekangan-kekangan yang
dialami oleh para guru untuk mengaplikasikan inovasi di sekolah. Seramai 63 orang
guru bahasa Melayu dari lapan buah kolej vokasional telah dipilih sebagai responden
dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 dengan
pendekatan Model Pengukuran Rasch. Hasil analisis menunjukkan bahawa guru�guru bahasa Melayu memahami kepentingan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hasil kajian juga menunjukkan guru-guru perempuan lebih banyak
menerapkan unsur inovasi dalam pengajaran berbanding guru lelaki. Walaupun
begitu, aspek pengalaman tidak menunjukkan perbezaan dari segi pengamalan
inovasi sama ada guru baru ataupun guru yang sudah berpengalaman. Pengkaji juga
mengenal pasti beberapa kekangan yang dialami oleh guru-guru untuk mengamalkan
inovasi ini. Sebagai langkah untuk menangani masalah berkenaan, beberapa
cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji bagi memastikan guru-guru dapat
merealisasikan proses pengajaran berkesan dengan penerapan inovasi mengikut
model pendekatan konstruktif. Pengkaji berharap, kajian ini dapat dijadikan sebagai
satu panduan kepada pelaksana kurikulum bagi memastikan budaya inovasi sentiasa
menjadi amalan dalam kalangan guru demi mengangkat profesionalisme guru di
Malaysia. |
---|