Pengetahuan, sikap dan kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di politeknik premier
Pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan merupakan agenda penting ke arah mengukuhkan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kelebihan melaksanakan penyelidikan adalah jelas dan nyata, tetapi amalannya di dalam sistem pengajian politeknik masih rendah. Oleh sebab itu, satu kajian telah dilaksana...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1729/1/24p%20YUHANIS%20CHE%20HASSAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1729/2/YUHANIS%20CHE%20HASSAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: | Add Tag |
Summary: | Pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan merupakan agenda penting ke arah
mengukuhkan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kelebihan melaksanakan
penyelidikan adalah jelas dan nyata, tetapi amalannya di dalam sistem pengajian
politeknik masih rendah. Oleh sebab itu, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengkaji
pengetahuan, sikap dan tahap kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di
politeknik. Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk
tinjauan deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal
selidik. Kajian ini melibatkan tiga buah politeknik yang telah dinaik taraf menjadi
Politeknik Premier iaitu Politeknik Sultan Ibrahim, Johor; Politeknik Ungku Omar,
Perak; dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Seramai 317 orang
pensyarah telah dijadikan sampel kajian yang terdiri daripada pensyarah di jabatan
kejuruteraan dan jabatan bukan kejuruteraan. Data dianalisis menggunakan SPSS versi
21.0 bagi menentukan purata skor min dan mencari perbezaan aspek yang dikehendaki.
Secara keseluruhannya, hasil analisis data menunjukkan bahawa pengetahuan, sikap dan
kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di Politeknik Premier berada pada
tahap yang tinggi dan hasil dapatan daripada ujian inferensi pula mendapati bahawa
tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan penyelidikan dalam kalangan
pensyarah antara jabatan kejuruteraan dengan jabatan bukan kejuruteraan di Politeknik
Premier. Pengamalan penyelidikan adalah penting untuk melahirkan jiwa penerokaan di
samping dapat mengembangkan kreativiti dan seterusnya menyumbang kepada
perkembangan ilmu pengetahuan. |
---|