Konflik pengambilan tanah Orang Asli: kajian kes di Johor dan Selangor

Orang Asli merupakan golongan minoriti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Sistem Torrens yang diamalkan oleh Malaysia melalui Kanun Tanah Negara 1965 hanya memberi kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah, manakala tanah saka Orang Asli yang diwarisi dari generasi...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Zainal Abidin, Zainal Zulhilmi
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2015
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/1730/2/ZAINAL%20ZULHILMI%20ZAINAL%20ABIDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1730/1/24p%20ZAINAL%20ZULHILMI%20ZAINAL%20ABIDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1730/3/ZAINAL%20ZULHILMI%20ZAINAL%20ABIDIN%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Orang Asli merupakan golongan minoriti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Sistem Torrens yang diamalkan oleh Malaysia melalui Kanun Tanah Negara 1965 hanya memberi kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah, manakala tanah saka Orang Asli yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem pendaftaran. Objektif kajian ini adalah (1) Mengenalpasti konflik yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat, (2) Menganalisis kesan pengambilan tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat dan (3) Menjelaskan usaha penyelesaian konflik pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif telah digunakan melalui kaedah temubual semi struktur. Temubual ini telah dijalankan ke atas lima belas responden utama daripada pihak berkepentingan iaitu enam orang Tok Batin dan Penolong Batin bagi setiap kampung yang terlibat, dua pegawai daripada pejabat tanah Negeri Johor dan Selangor, tiga pegawai daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli , seorang pegawai daripada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM), seorang wakil badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia , dan seorang ahli akademik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat konflik di antara masyarakat Orang Asli, konflik di antara Orang Asli dan Pihak Berkuasa serta konflik di antara agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kesan pengambilan tanah dapat dilihat melalui kesan terhadap sosiobudaya, persekitaran dan ekonomi masyarakat Orang Asli yang terlibat. Kaedah penyelesaian bagi pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat adalah melalui rundingan, bayaran pampasan, menggunakan saluran mahkamah, Dasar Pemberi Milikan Tanah Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Inkuiri Nasional oleh Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia.