Keyakinan diri pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap ICT

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu elemen penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang professional dan berkemahiran tinggi. Justeru keyakinan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran subjek ICT dirasakan meragukan. Oleh itu, kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Harun, Farahiyah Murni
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1900/1/24p%20FARAHIYAH%20MURNI%20HARUN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1900/2/FARAHIYAH%20MURNI%20HARUN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1900/3/FARAHIYAH%20MURNI%20HARUN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu elemen penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang professional dan berkemahiran tinggi. Justeru keyakinan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran subjek ICT dirasakan meragukan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap keyakinan diri pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UTHM terhadap ICT. Kajian ini dilakukan ke atas 210 orang pelajar DPLI Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM untuk mengetahui tahap keyakinan diri mereka terhadap ICT. Analisis dijalankan berdasarkan jantina, umur, bidang pengkhususan semasa ijazah sarjana muda, bidang pengkhususan semasa DPLI, dan pencapaian mereka dalam kursus Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Satu set soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan instrumen kajian α=0.97 telah diedarkan. Dapatan data analisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu skor min, Ujian-t, Analisis Varian Satu Hala dan kolerasi spearman dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keyakinan pelajar DPLI di UTHM terhadap ICT berada pada tahap tinggi dengan nilai keseluruhan min=4.23. Terdapat perbezaan tahap keyakinan diri pelajar terhadap ICT berdasarkan jantina, bidang penghususan semasa ijazah sarjana muda, bidang pengkhususan semasa DPLI dan pencapaian mereka dalam kursus Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Manakala tidak terdapat perbezaan tahap keyakinan diri pelajar terhadap ICT berdasarkan umur. Adalah diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan telah diusulkan bagi kajian lanjutan bagi meningkatkan kualiti bakal pendidik pada masa akan datang.