Pembudayaan keusahawanan ke arah mempengaruhi kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan bakal graduan di UTHM

Kajian ini mengkaji kesan pembudayaan keusahawanan ke arah mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan di kalangan bakal graduan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Untuk kaedah kuantitatif penyelidik m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Rosli, Farhana
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1901/1/24p%20FARHANA%20MOHD%20ROSLI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1901/2/FARHANA%20MOHD%20ROSLI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengkaji kesan pembudayaan keusahawanan ke arah mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan di kalangan bakal graduan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Untuk kaedah kuantitatif penyelidik memilih untuk menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data. Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 120 orang bakal graduan dari dua buah fakulti di UTHM iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP). Data Kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0 (Statistical Package for Social Science). Dapatan kajian ini mendapati bahawa kebudayaan keusahawanan di UTHM masih diperingkat awal. Akan tetapi telah wujudnya ekosistem keusahawanan secara kecil-kecilan dalam usaha menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan. Selain itu, kajian ini juga mendapati tidak wujud perbezaan kecenderungan menjadi usahawan dalam kalangan bakal graduan di FKAAS dan FPTP.